Header Ads

Yang Muda Katalah Masih Mudakan Yang Tua Bagaimana Pula

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

YANG MUDA KATALAH MASIH MUDAKAN YANG TUA BAGAIMANA PULA.Sebenarnya sedari zaman dahulu semua orang bebas bercakap.Bebas bersuara.Cuma yang membezakan adalah salurannya yang terhad untuk setiap orang itu bersuara.Baik bersuara lantang atau sebaliknya.Sekarang serba serbi mudah untuk melontarkan segenap rasa.Mudah dicari,mudah disebar,mudah merebak,mudah mencari pengaruh dan mudah juga menuai dosa dan pahala sekaligus.Mudahkan.Ya,memang sangat-sangat mudah.

Berkelakuan baik.Bercakap perkara buruk.Baik dan buruk baik daripada tingkah laku atau kata-kata sedari dulu sudah ada.Sudah berlaku dan dilakukan.Bukan cuma sekarang sahaja sebenarnya.Pernah tak jumpa orang dewasa atau orang yang lebih tua dan memang sudah tua pun usianya sentiasa mencari dan meletakkan keasalahan pada anak muda.Dan sebaliknya juga di mana anak muda yang sentiasa nampak salah itu semuanya berpunca daripada orang yang lebih tua dan memang sudah berusia pun berbanding dirinya.

Kalau yang muda lakukan kesalahan jangan terus dipersalahkan dan jangan terus-terusan menuding jari padanya kerana yang tua pun belun tentu benar sentiasa sedangkan yang lebih tua sepatutnya menjadi contoh terbaik untuk ditauladani.Manakala yang muda pula janganlah asyik mengata yang tua itu tidak benar atau sentiasa lakukan kesalahan kerana mereka ini juga manusia biasa sentiasa melalui proses dalam kehidupan,kalau mahu menegur tegurlah dengan bahasa yang paling sopan dan tunjukkan seindah-indahnya akhlak kepada mereka.

related image

Jangan saling menuding jari mengatakan masing-masing kurang ajar kerana yang kurang itu bukan cara ibu bapanya mengajar tapi kurangnya pada apa yang diterima sewaktu menerima pelajaran dalam kehidupan.jalan tengah yang paling baikadalah semua mesti pandang diri sendiri terlebih dahulu.Perbetulkan diri sendiri sebelum pecut mahu betulkan orang.Bila ada yang membantah pada setiap teguran itu bererti masih perlu lagi perbaiki diri sendiri.Adakala tauladankan melalui kata-kata itu menjadi.Ada masa cukup menunjukkan atau mencontohkan suatu dengan perbuatan pun boleh membuat orang bertindak dan berubah.Elakkan tergesa-gesa mengubah orang kalau diri sendiri lebih banyak perlu berubah.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya 

logoblog

4 ulasan:

  1. Teringat dekat lagu zainal abidin dan SM salim :D

    BalasPadam
  2. Yang tua harus sentiasa tunjuk contoh yang baik kepada yang muda,
    barulah yang muda akan menghormati

    BalasPadam
  3. TUA DGN ILMU PEMIKIRANNYA DIHORMATI

    BalasPadam
  4. tua muda sama je.. Masing2 keras kepala nak menang. Yang muda minta yang tua mengalah, yang tua pulak nak yang muda tunduk sebab dia fikir dia lagi tua jadi ilmu banyak.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..