Bertekak Depan Anak-anak Wajarkah Wahai Ibu Bapa

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BERTEKAK DEPAN ANAK-ANAK WAJARKAH WAHAI IBU BAPA.Ibu bapa pun manusia biasa yang tidak pernah lepas daripada melakukan kesalahan besar atau kecil.Khilaf itu boleh sahaja dilakukan oleh sesiapa pun dan di mana pun pada bila-bila masa.Ini bukan suatu yang aneh dan janggal TETAPI SEBOLEHNYA MESTI dielakkan.Ibu bapa adalah contoh dominan kepada anak-anak,memang benar namun ianya bukan satu benteng cukup kukuh untuk tidak mereka lakukan kesilapan.Apa yang boleh dilakukan adalah minimumkan kesilapan,menjaga tingkahlaku dan cuba sentiasa mencontohkan perkara yang baik kepada anak-anak.Didepan anak-anak perlu lebih menjaga.Zero kesalahan itu sangat mustahillah bagi PC sebenarnya kerana kita tidak ma'sum.

BERTEKAK
[ber.te.ka/] | Ø¨Ø±ØªÚ©Ù‚

Definisi : ki bertengkar; ber­­bantah.

Pada setiap tindakkan atau perbuatan pasti ada kesannya.Kesan jangka panjang ada kesan jangka pendek pun ada.Pada kanak-kanak ada kesan yang paling mendalam dan jangan anggap bila ibu bapa bertekak secara terang-terang dihadapan anak-anak yang sudah dewasa tidak ada kesannya ya,ADA kesannya juga sebenarnya.Bertekak depan anak-anak wajarkah wahai ibu bapa.Peribadi bagi PC sangat tidak wajar.

Anak-anak kecil mereka memang masih tidak memahami.Namun mereka sentiasa merakam dan menyerap setiap apa yang dilakukan ibu bapanya setiap hari.Semuanya akan sentiasa segar dalam fikiran mereka hingga dewasa kelak.Sedangkan masih dalam rahim ibu pun mereka sudah belajar apatah lagi sudah lahir melihat dan mendengar.Bersahaja anak kecil jangan dipandang mudah dan diambil ringan.Bersahaja mereka tetp sahaja menyimpan.Suatu masa akan dimuntahkan kembali dengan cara masing-masing.

Anak-anak yang sudah dewasa.Sudah tahu membezakan baik dan buruk,benar dan salah tetap sahaja terganggu emosinya bila sering ibu bapanya bertekak dihadapan mereka.Walaupun anak-anak sudah berumahtangga ya,bila melihat ibu bapanya sering bertekak ianya sedikit sebanyak tetap sahaja terkesan juga cuma mungkin tidak separah anak kecil atau penerimaan si remaja yang berhadapan dengan situasi kurang sihat tersebut.

Memang sangat benar sukar menjaga.Menjaga emosi,tahap kemarahan,rasa panas hati dan rasa tidak puas hati.Ingat,anadai ibu bapa sering bertekak dihadapan anak-anak ianya mencontohkan sesuatu yang tidak baik.Sebagai anak-anak,pilihlah sesuatu perbuatan yang baik untuk dicontohi dan diamalkan.

Sekian

Semua mennjadi indah pada waktunya
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

16 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Good sharing PC.. Kak Sue pun kadang khilaf jugak, tak sempat dah nak kawal perasaan kadang tu. Anak-anak memang akan terus direct cakap depan-depan tak suka lah Ibu dengan Abah macam nie. So kami akan cepat-cepat selesaikan, tak nak anak-anak terganggu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau anak-anak yang dah remaja atau dewasa inshaAllah mereka belajar faham dan boleh membezakan..mana ok dan sebaliknya..yang merisaukan bila ianya berlaku sedari anak kecil lagi.Itu bahaya kan Kak Sue.

      Padam
  2. Tak wajar. Nanti jadi ikutan anak-anak pulak.

    BalasPadam
  3. bertengkar apalah guna biar drama tv saja yg bertengkar heh..heh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.Suami isteri wajar ada bertengkarnya cuma kena berpada-pada.

      Padam
  4. kadang2 terbertekak depan anak2, tapi memang rupanya anak2 faham, dan diorang boleh ingat beberapa bulan lepas tu pun..aduh menyesal juga..moga saya selalu beringat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena terangkan kepada mereka semula dengan jelas supaya tidak disimpan dalam memori mereka kan.

      Padam
  5. memang tak patut... jd ikutan anak2 kelak bila mereka telah berumah tangga so apa yg kita patut buat.. bergurau sendalah di dpn anak2 nnt anak2 pun geli hati jugak tgk olahan ibu ayah yg mcm budak2.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berselisih faham itu suatu yang bukan aneh dalam rumahtangga..namun kena hati-hati juga lebih-lebih lagi ketika berkumpul dengan anak-anak.

      Padam
  6. kami kalau bertekak dalam wasap je.. Kalau depan anak2 tak bertekak sebab nanti depa gelak tengok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaik..biar anak-anak nampak yang manis-manis je..

      Padam
  7. secara realitinya kadang2 di luar kawalan juga bagi sesetengah situasi, cuma sedaya upaya kita cuba untuk mengawal emosi bila berhadapan situasi. Memang tak wajar sangat, berusahalah kita suami isteri agar menjadi contoh terbaik di mata anak2, in shaa allah

    BalasPadam
  8. Tak wajar, kena pandai uruskan kemarahan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama