بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
AL QURAN SUNNAH DAN HADIS.Lahir sudah berada dan menjadi Islam itu satu nikamt yang sangat besar.Sangat-sangat mesti disyukuri dan dijaga sebaik-baiknya.Apa sahaja yang mahu dilakukan,telah dilakukan dan bakal dilakukan semuanya boleh sahaja dirujuk kembali kepada Al Quran sunnah dan hadis.Tiga garis panduan kukuh ini menjadi tali penyelamat dunia hingga akhirat kita semua.Untuk meningkatkan iman dan perbaiki diri,tentu sahaja sangat perlu pelajari sesuatu hal baik dan betul setiap hari.
Petang-petang jalan di taman
Jalan di taman bersama-sama teman
Jadikan Al Quran sebagai teman
Damai hati dikurniakan Tuhan
Setiap orang perlukan hiburan
Di syurga itu sebenar-benar hiburan
Al Quran solusi menjawab keresahan
Menjadi pedoman hingga berakhir zaman
Hujung minggu berkhemah di hutan
Ayam hutan kokok bersahut-sahutan
Perbuatan Rasulullah jadikan ikutan
Setiap satunya menjadi sunnah
Dipermukaan bumi lebih banyak lautan
Pasti beralasan Tuhan menjadikan
Banyak sunnah boleh diamalkan
Jangan cuma memilih yang sesuai kemahuan
Hidup mewah dengan alasan
Alasan terkadang hanya hasutan syaitan
Hadis sahih jadikanlah rujukan
Agar tidak tersasar menjalani asas kebenaran
Tiang dipasak menjadi pengukuh
Bertahan lama tidak mudah runtuh
Setiap hadis adalah pengukuh
Cari galilah dengan pemahaman paling utuh
Kejar akhirat dapat dunia.Dapat dunia belum tentu dapat akhirat.Hebat bagi orang yang sentiasa menjaga dunia dan tidak menyisihkan akhiratnya.
Sekian.
Tinta Perdu Cinta ❤
Al Quran Sunnah Dan Hadis
junjung akhirat dunia bersama
BalasPadambetul, kejar dua dua utk seimbangan hidup.. hidup ini indah klu kita yg pandai create :)
BalasPadamIn shaa Allah. Kita jadikan al-Quran sebagai teman setia hingga akhir hayat.
BalasPadamTenang sangat bila lepas baca, ambik bau helaian alQuran tu sedut dalam2.. indahnya rasa..hehe
BalasPadamNikmat yang sangat besar. Marilah kita kejar akhirat, dunia juga kita akan dapat.
BalasPadamJadi panduan dan pegangan kita semua
BalasPadamaminn semoga kita sentiasa istiqamah mengejar akhirat :)
BalasPadam