Jangan Bersedih

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

JANGAN BERSEDIH.Bila melihat orang lain boleh bantu atau lakukan suatu hal lebih berbanding kita boleh melakukannya,jangan risau dan jangan sedih.Bila dengar nama orang disebut-sebut kerana dapat menggembirakan atau memudahkan urusan orang lain dengan lebih baik dan lebih berkualiti pun janganlah jauh hati atau sedih.Sebenarnya bohonglah kalau tidak timbul apa-apa perasaan atau rasakan.Normallah kita manusia biasa yang sangat lembut dan halus jiwanya.

related image

Jangan bersedih.Dan jangan terus bandingkan diri sendiri dengan orang lain.Mungkin Allah beri dia kemudahan di situ.Boleh jadi Allah beri kita kemudahan di sini.Allah beri kekmampuan setiap orang tidak sama.Ada perbezaannya yang cuma kita tidak ketahui kerana yang kita lihat cuma dari luarannya sahaja.Apa yang kita dengar yang manis-manis juga sahajakan.

Apa sahaja kebaikkan yang kita dan sesiapa pun buat ada sahaja ganjarannya daripada Allah SWT.Percayalah.Walau kecil dan sedikit tapi kalau berterusan lakukan kerana Allah dengan rasa rendah hati inshaAllah tidak mustahil ianya lebih menguntungkan kita kelak.Aamiin.

Sekian.




PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

21 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Susah kan bila buat baik, tak semua orang suka PC, ni yang SA alami...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedari zaman Nabi Muhammad SAW lagi hingga kini, tidak semua orang suka akan perkara kebaikkan sebenarnya. Itu yang sangat menyedihkan.

      Padam
  2. stuju tu..walaupun kecil kebaikkan yg dilakukan pasti ada ganjaran..janji ikhlas

    BalasPadam
  3. Betul tu PC.. bagi Kak Sue kita buat baik aja pada semua orang dan InsyaAllah akan datang yang baik-baik juga pada kita. Tapi.. seandainya, kita dah berbuat baik tapi masih ada perkara tak baik datang pada kita.. anggaplah satu ujian yang pasti ada hikmahnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Janji niat kita kerana Allah kan Kak Sue selebihnya tawakkal.

      Padam
  4. Bersedih tu fitrah, cuma jgn terlampau hanyut dlm kesedihan.

    BalasPadam
  5. Pernah juga rasa gitu. padahal ada juga bantu, tapi tak sebesar bantuan orang lain. jadi tak de la nama kita disebut2.. Terkecik la juga hati tu. hehehe..

    terima kasih menenangkan saya dengan entry ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau orang pandang pada kualiti dan kuantiti memang bantuan kita kadang sepertinya tidak ada apa-apa makna langsung, tapi Allah tidak begitu kan.

      Padam
    2. Cik TK pun penah rasa kecik hati macam ni.. tapi ikhlaskan saja. Sebabnya Cik TK fikir, kita tolong orang untuk pahala, bukan untuk disebut-sebut.

      Padam
  6. kita kena belajar sayang diri kita dulu baru kita akan pandang semua positive dan tak bersedih kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.Lama lama nanti fikiran dan perasaan condongnya pada arah yang sangat positif.

      Padam
  7. Ikhlas, melakukan sesuatu tanpa mengharap sebarang balasan. Kembalikan kepada-Nya, mohon redha-Nya.

    BalasPadam
  8. Banyak benda untuk bersedih. tapi kalau di ikutkan rasa sedih, sedih tu takkan pernah hilang. Happykan orang salah satu perkara yang boleh hilangkan kesedihan.

    BalasPadam
  9. teruslah melakukan kebaikan kerana kita tidak tahu kebaikan mana yang bakal membawa kita ke syurga

    BalasPadam
  10. Kadang2 tak bolwh elak, rasa nak banding2 diri.. haih

    BalasPadam
  11. Tahu, sepatutnya kita tak boleh bandingkan diri kita dengan orang lain. Walaupun tahu, kadang2 akan terbandingkan juga. Kenapa dia lebih, kenapa aku kurang? Macam tu. Tapi bila difikir-fikirkan balik, semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, rezeki masing-masing. Jadi yang penting kita berusaha dan tawakkal kepadaNya.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama