Cukup-cukuplah ZAL

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

CUKUP-CUKUPLAH ZAL. Sabar itu tiada batasnya namun kemampuan bersabar itu ada hadnya. Ya, lain orang lain tahap dan kemampuan mempertahankan rasa sabar pada dirinya. Walau seibu sebapa. Adik-beradik, yang ada sabar sangat. Yang ada sebaliknya. Yang ada ditengah-tengah, boleh sesuaikan kesabaran mengikut keadaan dan keperluan. Setiap makhluk ada sabarnya. Ada. Cuma cara mengendali tidak sama. Bagaimana. Seperti apa.

Seperti apa yang telah ZAL lakukan pada diriku..

Cukup-cukuplah ZAL
Lelah aku sering kau godai
Tidak pernah jemu
Tidak pernah mahu berpaling
Kenapa ZAL
Teguh pendirianmu

Aku berusaha untuk terus kuat
Untuk melupakan
Kata-kata nasihat suamiku itu jadikan benteng
Untuk menjauh darimu
Syukur aku ada suami yang selalu ada
Selalu mahu mengerti
Untuk tidak ternoda dengan tawaran manismu
Kenapa ZAL

Kenapa tidak bosan mendatangi aku
Menghubungi aku 
Sering kau menghantar khabar
Ya khabar gembira untukmu
Namun khabar sedih buatku ZAL
ZAL kau selalu mencabar sabarku
Selalu sahaja menguji tipisnya imanku

Aku manusia biasa ZAL
Yang mudah rapuh
Terlalu mudah jatuh
Tapi aku gagahi
Tidak terjebak dalam jerat rayuanmu
Perhatianmu terlalu mencengkam
Aku tidak merasa kau sayang padaku setulusnya
Semua ada harganya

Ini semua helah
Taktik yang cuba kau mainkan
Dari mata turun ke hati
Kau benar-benar menyesakkan hati dan fikiran
Kau mampu membuat aku goyah dengan pendirian
Kau buai aku dengan janji manis dan tawaran

Aku mohon
Cukup-cukuplah ZAL
Tinggalkan aku
Lupakan aku
Aku rela kau sisihkan aku

ZAL
Kalau pun nanti Tuhan mentakdirkan kita berjodohan
Rela hati biar aku sahaja yang mencarimu

Cukup-cukuplah ZAL
Cukup-cukuplah ZAL

Sekian.

ZALora...owh ZALora.


21 comments:

  1. ZAL memang pandai menggoda. Tak kenal erti putus asa pula tu 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasal. Sabar jelah. Hari-hari menggoda.

      Delete
  2. Alahhh ZAL ni memang mudah buat kita jatuh hati tau.

    ReplyDelete
  3. minggu lepas pergi jenguk jugak ZAL tu..tapi mampu kembali dengan selamat.

    ReplyDelete
  4. Hahaha nebes saya baca zal tu, ingat sapa tadi ��

    ReplyDelete
  5. ooo zalora...tadi kat atas2 tu meneka2 tak kan la lazada eja terbalik... 😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shopee, lazada, zalora macam sahabat baik ni .

      Delete
  6. gigih baca..ingat Zaleha ke Zal Faizal ke..Zalora rupana...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni Zal zalim sebab tak penat ingatkan kita.

      Delete
  7. Adoiii. hahahaaha.... sesungguhnya, ZAL tidak akan memahamimuuuuuu... Puitis Lucu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, betullah, kita kena faham dia pulak. Hehehhe.

      Delete
  8. Wak pun kena goda dengan ZAL ni
    tapi tak pernah terjebak

    ReplyDelete
  9. Ku ingatkan nama Sapa.. zalora ruoanya 🤣

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.