Header Ads

Elakkan Memaksa Kecuali Terpaksa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

ELAKKAN MEMAKSA KECUALI TERPAKSA.Memaksa menjadi kegemaran segelintir orang.Ada ya.Suka sangat memaksa.Suka orang tunduk dan dengar cakap dia.Barangkali berasa ada kuasa bicara dan memberi arahan yang kononnya tidak boleh dibantah.Acah-acah kalau dibantah menjadi satu kesalahan besar sangat.Lupa agaknya tiada arahan yang lebih besar mesti ditaati selain arahan dan suruhan Allah SWT.Sila segera sedar diri.Bila ada yang memaksa pasti ada yang melakukan dalam keadaan tanpa rela atau pun terpaksa.Buat sesuatu dalam keadaan terpaksa sama ertinya tidak melakukan sepenuh jiwa.Ikhlasnya boleh jadi tipis sangat.

Buat sesuatu dalam keadaan terpaksa itu menyakitkan.Sakit hati.Sakit kepala.Perasaan mahu marah dan lebih sensitif lebih tinggi berbanding emosi gembira dan selesa.Jangan marah kalau kualiti yang dihasilkan kurang dan tidak menepati kehendak dan kadar sepatutnya kerana memksa itu mungkin menyenangkan tapi tidak yang dipaksa.

Walaupun awalnya suatu perkara itu seronok untuk dilakukan.Tidak kiralah apa pun aktiviti,tugas atau kerja-kerja hakiki.Namun bila mula ada rasa terpaksa ianya menjadi hambar dan tawar.Siapa pun cuba elakkan memaksa.Jangan biasakan juga sebenarnya.Menekan orang lain untuk lakukan satu-satu tugas dan sebagainya itu mematikan mood,merosakkan kreativiti dan membekukan suasana.Kecuali dalam keadaan tertentu yang betul-betul mendesak untuk memaksa orang bererti boleh memaksa orang dalan keadaan terpaksa.Contoh mudah,paksa orang tinggalkan kegiatan negatif.Paksa orang pergi mendapatkan rawatan kesihatan usaha untuk tingkatkan kesihatan.Paksa orang makan ubat.Tapi jangan lupa paksa diri sendiri juga buat perkara yang Allah SWT perintahkan dan suka.

Kesimpulannya elakkan memaksa kecuali terpaksa.Cuba letakkan diri sendiri.Suka tak dipaksa-paksa.GEmbira tak buat sesuatu dalam keadaa terpaksa.Sudah tentu tidakkan.Justeru itu jangan jadikan tabiat suka memaksa orang lain tanpa ada rasa bersalah dan berdoasa.Suatu pekerjaan yang ringan dan mudah boleh menjadi sukar dan berat bila mana ada yang memaksa dan dilakukan dalan keadaan separuh jiwa kerana terpaksa.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya

logoblog

6 ulasan:

  1. benar tu PC baru sahaja kak ana bercerita dengan anak-anak dalam melakukan sesuatu perkara dalam keadaan terpaksa kita akan ras tertekan dan belajar untuk menerima ujian dengan redha dan ikhlas dalam setiap perbuatan walaupun kadang kala bukanlah semudah yang di kata :)

    BalasPadam
  2. Keterpaksaan terjadi apabila hati tidak ikhlas untuk membuat sesuatu perkara. Macam Eza pun tak suka kena paksa makan ubat. Hihi. Kalau nak Eza buat sesuatu perkara/perlu bantuan Eza gunalah perkataan yang baik-baik. Eza pun dengan gembiranya membantu tanpa berkira.

    BalasPadam
  3. panjang sikit kali ni entrinya...

    BalasPadam
  4. Betul tu.. kadang2 lemas dengan orang yang pushy

    BalasPadam
  5. Amalan2 baik mula2 mungkin kita rasa terpaksa buat.
    Tetapi lama kelamaan menjadi biasa dan seronok dilakukan.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..