بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
JANGAN SERONOK SANGAT BERMAIN-MAIN.Lisan dan perbuatan boleh sahaja memalsukan mengikut apa yang diinginkan.Boleh saja.Bila-bila masa pun itu terserah kita.Sekali.Seratus kali.Seribu kali.Sejuta kali.Entah mungkin sepanjang hayat juga barangkali.Silakan.
Tapi,
Jangan lupa,
Ada yang sentiasa memerhati.Ada yang selalu tidak penat mencatat tanpa henti.Balasan daripada Tuhan itu pasti.Mungkin bukan menjadi masalah bagi yang bijak membeza baik dan buruk.Benar dan salah.Tapi menjadi masalah besar bagi yang tidak mahu mengubah hala ke tujuan yang lebih jelas dan terang benarnya.Menutup hati untuk mengecapi manisnya taubat yang sesungguhnya.
Pedih mendengar dan menyebut perkataan binasa.Lebih azab melaluinya nanti.
Sekian.
manfaatkan masa sebaiknya
BalasPadamBetul kak PI. Selagi boleh manfaatkan sebaik-baiknya kerana Allah.
PadamSalam pengenalan erdu cinta..
BalasPadamSalam perkenalan kembali.
Padamsangat terkesan dgn tazkirah pd hari ini...
BalasPadamMasyaAllah. Terima kasih Cikgu AK.
Padammasa berjalan dgn pantas.. rugi tak manfaatkan masa yg ada
BalasPadamKadang PC pun sia-siakan masa. Rasa berdosa.
PadamTerima kasih atas tazkirah hari ni PC..
BalasPadamSama-sama Shida. Moga ada yang boleh diambil ya.
PadamAllahu, tq PC. Terkesan membacanya.
BalasPadamSubhanaAllah. Terima kasih sangat-sangat. Harap sangat ada kebaikkan yang dapat dimanfaatkan ya.
PadamSetiap apa yang kita buat semua bakal ditanya dan dicatat kan PC..
BalasPadamBetul sangat-sangat Kak Sue. Daripada sekecil hal sampailah sebesar-besarnya perkara.
PadamBetul tu. Berjaga2 lah
BalasPadamSelalu.
PadamJangan seronok sangat, nasihat yang benar menyentuh. Ketika kita masih diberikan masa, gunakanlah kesempatan sebelum terlambat. masa adalah usia, ia nikmat yang tidak terperi
BalasPadamBetul ustaz. Sebenarnya sekarang ni pun Allah dan beri amaran keras. Cuma berbalik pada diri sendiri masing-masing.
Padambetul tu, nak buat apa pun kena always tahu yg ada yg sentiasa memerhati kan :)
BalasPadam