BAHAGIA..GEMBIRA..CARA MASING-MASING
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم

Assalammualaikum wbt
BAHAGIA..GEMBIRA..CARA MASING-MASING | Tersenyum.Ketawa.Belum tentu hatinya begitu juga.Pura-purakah begitu?..pun tidak juga.Mungkin sedang berusaha menutupi agar tidak diketahui.Bersedih.Menangis.Meranakah yang dirasa.Juga belum tentu begitu adanya.Banyak asbab boleh begitu terjadinya pada sesiapa sahaja.Ada orang bersedih namun masih mampu tersenyum.Hebat jiwa dan mindanya.Tidak kurang ada yang terlalu bahagia gembira hingga air mata mengalir deras bak empangan pecah juga.BAHAGIA..GEMBIRA..CARA MASING-MASING.
Bahagia..gembira..cara masing-masing.
Jangan membeza-bezakan.Lazimnya PC atau sesiapa pun pastinya melakukan sesuatu mengikut keselesaan.Besar pengaruh rasa selesa pada diri kita.Selesa tidak semestinya perlu mewah.Mewah belum tentu memberi rasa selesa dan bahagia.Kerana tidak semua benda dan perkara boleh dinilai dan diletak tanda harga.Kalau selesa dengan cara kita maka teruskan.Dan bila PC lihat orang lain pun,PC hormati sahaja.
Mencari,mencipta bahagia..gembira..cara masing-masing ada syaratnya juga.Jangan sampai juga baik secara terang-terangan atau tersirat menyakiti orang lain.Menzalimi diri sendiri.Tidak boleh juga melanggar apa yang telah disyarat dan disyariatkan.Tidak salah menjaga hak peribadi sendiri tapi JANGAN sampai mencemar hak Allah SWT juga.
Biar bagaimana corak,warna dan cara yang diusahakan untuk mencapai matlamt dan mendapat rasa bahagia..gembira dengan cara sendiri itu..jangan menyisihkan teguran dan nasihat daripada orang lain juga.Apa yang baik,ambil dan hargailah.Terkadang terlalu ghairah boleh membuat kita tersasar,lalai dan keliru.Teguran-teguran itulah sedikit sebanyak menarik diri kembali ke landasan asal.

Bahagia..Gembira..Cara Masing-masing |
Beginilah si comel ini.Bergurau,berlari,memanjat pokok setiap hari.Cara mereka ini menikmati rasa bahagia..gembira dengan cara selayaknya.Si comel ini terhibur tanpa mereka sedar mereka menghibur juga pada yang melihat..moga terus sihat.
Sekian.
Tags:
Santai
betul tu.. bahagia dgn cara masing masing
BalasPadamerm... setuju sgt... masing2 ada cara sendiri.
BalasPadamkadang2 berusaha menggembirakan diri sendiri setelah kemurungan itu perlu..asalkan berpada2..
BalasPadamBahagia itu terima pada seadanya.
BalasPadamHahaha... geramnya Oyen...!
BalasPadamalalalla 2 ekor tu!
BalasPadamNIKMATI BHGIA DGN SYUKUR
BalasPadam