Bersemangat Buat Kita Lupa

BERSEMANGAT BUAT KITA LUPA
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt


BERSEMANGAT BUAT KITA LUPA.Pentingkah?..Bagi PC semangat itu penting.Semangat ni macam penggerak fizikal,emosi dan minda kita untuk melakukan sesuatu.Semangat membara.Membara..marak,panas,menjulang-julang kalau diterjemahkan daripada simboliknya api.Begitulah ertinya semangat pada kita.

Bersemangat buat kita lupa.

Bersemangat Buat Kita Lupa
Bersemangat Buat Kita Lupa
Betul ke?..Ye ke?..

Lupa bermalas-malasan.Semangat yang sentiasa ada dan mekar sentiasa menjadi pendorong.Secara tidak langsung buat kita lupa untuk bermalas-malasan melakukan sesuatu.Hal yang tergendala pun tidak mustahil boleh bergerak dengan pantas dan baik.

Kesihatan kurang mengizinkan.Kesihatan itu rezeki.Tidak mengapalah tidak punya wang atau harta yang banyak...asal Allah SWT rezekikan kita kesihatan yang baik...ini yang lazim kita dengari.Namun kesakitan itu adalah ujian yang ada 1001 hikmahnya.Ubat-ubatan itu hanya sebahagian kecil untuk menyokong kesembuhan..selebihnya kita memerlukan satu semangat luar biasa untuk kembali pulih dah sihat.

Kelelahan.Asyik terlalu banyak berfikir pun sebenarnya menyumbang kepada keletihan tubuh.Lesu.Mudah bosan dan terasa hambar serta kosong.Setiap kelelahan itu sedikit sebanyak pastinya menganggu banyak urusan.Justeru suburkan semangat yang ada dalam diri agar tidak melemah dan mengurangi kualiti kegiatan harian.

Kekurangan.Kekurangan apa pun yang ada itu sebenarnya boleh di atasi.Boleh digali dan dicari solusi.Mahu tidak mahu sahaja usaha perbaiki mana yang sebolehnya.Berapa banyak yang cukup serba serbinya beralasan..dan berapa ramai yang sentiasa bersemangat hingga tidak ingat dan tidak terlihat pun kejurangan yang ada.Asal mahu..inshaAllah Allah SWT bantu.

Bersemangat buat kita lupa pada hal-hal yang negatif dan ianya juga melonjakkan diri sesiapa pun dari pelbagai situasi.Semangat mesti dicari,disemai dan digilap supaya terus hidup dalam diri kita semua.Rangsang semangat yang baik.Pandu semangat yang ada pada laluan yang betul.

Sekian.



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Pandai pilih tajuk... Bersemangat uncle nak baca... :D

    BalasPadam
  2. Tanpa semangat, lemau rasanya nak buat sesuatu. Semangat dan usaha juga perlu seiring :)

    BalasPadam
  3. Bab berpikir buat badan lesu tu memang Kak Sue setuju. Nak semangat balik kena rehatkan pikiran dulu lah.. hehehe..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama