Bila Sudah Semakin Dewasa..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BILA SUDAH SEMAKIN DEWASA |Baligh itu cukup umur.Mummayez itu tahu dan boleh dah beza mana baik mana buruk.Ada orang dah baligh berbelas tahun..berpuluh tahun tapi belum capai tahap mummayez lagi.Ada pula yang belum baligh tapi alhamdulillah dah mummayez.Begitu jugalah kisahnya ada orang sedar awal..tidak kurang yang sedarnya lewat atau sengaja tidak mahu sedar-sedar juga.Bukan sedar daripada tidur,pengsan atau koma tetapi sedar daripada perlaku atau sikap.

Setiap kita dilahirkan sangat bersih.Sangat putih.Apa yang berlaku hari ini..kita mencorakkan..kerana Allah SWT cipta kita cukup sempurna..alhamdulillah itulah bukti kekuasaan Allah yang tidak boleh diragukan.Cuma terkadang manusiakan..celik mata hatinya sedikit lewat..tidak mengapa asalkan nampak baiknya itu terbit juga..syukur.

Sesuai usialah sebenarnya.Sekarang bila PC sendiri peribadi dengar anak-anak buah mengadu kata mama,ayah atau atok suka marah-marah..garang..reaksi pertama PC adalah pandang dan senyum sambil usap kepala mereka perlahan-lahan..dalam hati terus berbisik..ya,sekarang kamu rasa mereka garang suka marah-marah yang padahal nasihat dalam intonasi yang tegas..nanti satu masa bila detiknya tiba..percayalah sayang,kamu akan berasa sangat bersyukur dan beruntung.Jujur ini yang PC rasa dan lalui.Bila sudah semakin dewasa kita mula boleh berfikir dan sedar..Dulu mak ayah marah sebab sayang.Sebab nak mendidik.

Lagi satu perkara yang paling susah mahu dilakukan adalah menabung.Ada yang sedari kecil telah diterapkan tabiat positif ini namun tidak kekal lama.Ada juga yang memang sangat suka menabung sehingga dewasa dan tua.Kalau dulu kecil-kecil PC sendiri pun tidak tahu apa tujuan menabung.Pernah juga fikir kedekut babah mama ni asyik-asyik suruh menabung hari-hari pulak tu walau berbuihlah babah mama terangkan kenapa perlu menabung..dek non terkebil-kebil je biji mata ni ha..sehinggalah satu ketika bila PC sedar dan timbul rasa mahu memberi hadiah kepada babah dan mama.Ulangtahun kelahiran babah mama..hari ibu..hari bapa..hari raya..malulah nak belikan hadiah tapi minta duit itu jam juga.Justeru menabunglah jalannya ditambah ketika itu masih di sekolah rendahkan.Pernah juga masa tu PC belihan babah mama hadiah gula-gula lolipop beli di kantin sekolah..siap ikat reben lagi sembunyikan bawah bantal babah mama.Hahahahahaha.Melampau sungguhlah.Hikmah menabung.

Bila sudah semakin dewasa manusia dengan sendiri lebih banyak berfikir.Lebih banyak menilai.Lebih banyak tidak bolehnya.Banyak tumpuan diberikan kepada keperluan berbanding kehendak sebenarnya.Terkadang perlu juga membuat pilihan dan pertimbangan.Semakin dewasa automatik rasa mahu mengalah itu boleh jadi semakin menebal lebih-lebih lagi kepada orang-orang yang kita sayang lantaran bertujuan mahu lebih menghargai mereka.Rasa empati juga menjadi semakin tinggi dan menebal.Hati mudah tersentuh.Air mata cukup mudah untuk mengalir.Rasa ingin terus dekat dengan keluarga itu juga tidak dapat disangkal.

Semakin dewasa bererti semakin manusia menghampiri garisan penamat.Cuma tidak tahu bila detiknya tiba.Justeru itu,jadilah mausia yang berguna pada manusia lain bukan mempergunakan manusia lain.InshaAllah hidup kita tenang dan diberkati sentiasa.Aamiin.

Sekian.



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Moga sepanjang usia yang dilalui terisi dengan perkara-perkara yang baik.

    BalasPadam
  2. ye.. menunjukkan kita semakin matang seiring dengan usia :)

    BalasPadam
  3. dah besar ni try juga menabung, tapi susah benar nak simpan lama..mesti terpakai juga bila dah terdesak sangat...

    pc, nanti tinggal details kat sini ya: https://www.sunahsukasakura.com/2021/01/top-10-commentators-2020-blog-sunah.html

    tapi kalau nak let go, saya faham..nanti saya boleh buka semula kotak komen without moderation..

    BalasPadam
  4. bila dah dewasa baru tau, hidup ni complicated sngt

    BalasPadam
  5. seiring pertambahan usia, maka sama ada kita jadi makin baik atau sebaliknya... makin panjang akalnya (cerdik) atau makin pendek fikirannya (tak matang)

    BalasPadam
  6. Betul tu kak pc.. Bila dah makin dewasa kita baru sedar celik mata bahawa orang tua punya marah tu adalah tanda sayang...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama