Meningkatnya COVID-19 Adakah Facemask Sudah Tidak Perlu

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

MENINGKATNYA COVID-19 ADAKAH FACEMASK SUDAH TIDAK PERLU. Meningkat banyak. Menurun sedikit. Inilah situasi sekarang. Syukuri sahaja. Semua atas izin-NYA. Kita manusia di mana pun, yang mengalami dan merasai situasi sekarang teruskan usaha. Ya, USAHA!

Usaha dulu baru tawakkal. Paling pertama doa jangan berhenti. Minta dan terus minta jangan bosan-bosan. Sedih juga bila melihat ramai orang sudah tidak memakai facemask ketika berada di tempat awam. Seperti tidak ada apa-apa yang sedang terjadi.Terutama di tempat tumpuan orang ramai. Sudah bosankah sentiasa memakai facemask yang rutinnya sudah hampir setahun. Awal-awal dulu, facemask sangat laku hingga sukar juga mendapatkan bekalan namun tidak sekarang, harganya semakin murah dan sangat mudah didapati. 

Meningkatnya COVID-19 Adakah Facemask Sudah Tidak Perlu
Meningkatnya COVID-19 Adakah Facemask Sudah Tidak Perlu




Kalau ada yang berpendapat menggunakan facemask tidak menjamin apa-apa dan kes tetap juga meningkan setiap hari, kes bertambah dibanyak negeri dan kawasan, tidak ada salahnya juga. Namun tidak menjadi satu kesalahan jugakan kalau niatkan pakai facemask itu satu usaha mencegah kerana Allah SWT. Kadang apa yang kita lakukan itu sedikit dan kecil sahaja tapi besar kesannya. Apatah lagi kalau kesan kebaikkan, ganjaran kebaikkan itu juga kembali kepada kita. Tak gitu.

Sementara ini yang diminta adalah sentiasa menggunakan facemask. Maka patuhilah. Menjaga kebersihan dengan selalu mencuci tangan dan pakailah hand sanitizer. Paling penting bagi PC, jaga jarak dengan sesama kita tapi jangan jarakkan diri kita dengan Tuhan.

Sekian.


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Terima kasih PC pengkongsian ini.. InsyaAllah sentiasa patuhi SOP

    BalasPadam
  2. USAH JEMU GUNAKANNYA SELAGI WABAK XBERAKHIR

    BalasPadam
  3. Naik atau turun, sebagai langkah berjaga-jaga, kalau dah turun covid pun, rasanya Sis terus nak pakai.. sebab dah jadi kebiasaan..

    BalasPadam
  4. Dah jadi rutin pakai mask bila nak keluar, macam ada yang tak kena bila tertinggal mask, banyak tempat standby letak mask, dlm handbag, kereta.

    BalasPadam
  5. Terima Kasih atas peringatan dna pendapat

    BalasPadam
  6. Mask dah jadi satu kewajipan buat kita smua.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama