Lisan Insan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

LISAN INSAN

Sepasan bibir indah
Satu lidah tidak bertulang
Kerongkong
Pitar suara bergetar
Berirama
Semua rongga berkerjasama
Bunyi-bunyian dilontar
Diperdengar

Abjad
Menjadi kata
Kata dilisankan pula
Ya
Lisan insan

Siapapun ada hak 
Hak bersuara
Hak berlisan
Di mana-mana
Untuk siapa
Tujuannya apa
Hak

Insan
Berhati-hati dengan setiap lisanmu
Ianya mampu menyatu bagai tali yang disimpul mati
Ianya mampu memutus bagai gunting yang memisahkan
Ianya mampu meleburkan bagai api yang menjadikan debu

Lisan insan
Boleh menghidupkan
Boleh mematikan
Boleh mengubah yang dulunya liar menjadi sejinak-jinak insan
Boleh mengubah insan menjadi iblis dan syaitan

Lisan insan
Ada manisnya
Ada pahitnya
Ada masamnya 
Ada masinnya
Tajam 
Tepat
Mudharat

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya

8 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.