Header Ads

PERDU CINTA Blogspot Dot Com Ke Dot Com

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

PERDU CINTA BLOGSPPOT DOT COM KE DOT COM. Ada yang percuma mengapa mesti pilih yang berbayar. Sudah lama dengan blogspot dot com mengapa mahu bertukar ke dot com. Pertelingkahan dan bersoal jawab dengan diri sendiri. Benarlah berperang dengan diri sendiri itu lebih perlukan banyak alasan untuk menjawab dan melawan dengan cara paling sihat. Supaya tenang hati dan fikiran. Kadang akal dan hati sering berselisih faham.

Pertama. Mahukan perubahan yang lebih-lebih-lebih-lebih baik. Bukan yang percuma dan blogspot dot com tidak baik ya. PC mula berblog dari September 2012. Namun suam-suam kuku mungkin kerana masa itu masih lagi bekerja maka tumpuan pada kerja dan rumahtangga sahaja. Ada juga update konten namun tidak segiat dan segigih mana pun. Lebih kepada ada kelapangan dan tidak keletihan maka baru bersihkan sawang diblog. Kalau tidak kadang sampai nak buka email pun lupa kata laluan. Parah. Ingat blog. Ingat nak menulis. Ingat semua namun mungkin semangat kurang kuat. 

Kedua. Mahu mencuba sesuatu yang baharu dan menjadi lebih baik serta lebih bersemangat. Semua nak lebih ye. Betul, harapan dan niat yang baik moga Allah permudahkan, lancarkan dan berkati juga. Niat dah lama ada. Dan lama bercambah juga. Cuma bila nak laksana PC tak tahu sebenarnya sehinggalah rasa ''mahu'' ini betul-betul kuat dan mantap. Sehinggalah PC buka mulut dan minta izin en suami juga. Minta pendapat. Dan ada juga PC minta pendapat sahabat blogger.

Ibaratnya tunas baharu didahan yang sama. Sebenarnya banyak sebab dan alasannya. Namun cukup PC simpan sahaja. Moga niat ini Allah SWT permudahkan dan lancarkan. Moga ini menjadi satu lembaran baharu untuk PC mengukir kenangan indah sepanjang memiliki blog dan menjadi seorang blogger yang cuma biasa-biasa dan sedang merintis ke arah satu matlamat yang lebih jernih. Semoga ini juga menjadi titik permulaan untuk PC melangkah ke laluan-laluan baharu lainnya dan ke helaian baharu seterusnya. Aamiin. Cantik angka ni, 2012 sehingga kini 2021 bererti sudah 9 tahun *kiraan tahun dah tapi bulan belum sampai lagi* PC menggunakan khidmat blogspot dot com. Allahuakbar, banyak kenangan indah dan manis yang PC rasai.

perducinta dot com atau juaazura dot com   

Menuju. InshaAllah. Doakan

Sekian
Tinta PC
Blogspot Dot Com Ke Dot Com.


logoblog

13 ulasan:

  1. perducinta dot com..sebab orang da kenal pc dari brand tu..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah dah selesai CikSun..PC pilih perducinta dot com.

      Padam
  2. Whoaaa... ok tu.. ada pembaharuan.. saya tukar dulu sebab teringin nak dot com.. nak rasa ber dot com gitu... Saya setuju ngn kak Sunah... guna perducinta pun ok tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Kak PC nak dapat pengalaman baharu. Moga selepas ini banyak hal yang Allah SWT permudahkan.

      Padam
  3. Tahniah
    Semoga bertambah2 manfaatnya

    BalasPadam
  4. Tahniah! Semoga terus beristiqamah utk menulis content yg bermanfaat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. Terima kasih Cikgu AK yang sentiasa beri semangat.

      Padam
  5. apa yg jadi pilihan tentu terbaik

    BalasPadam
  6. hmmm rasanyaaaa mana satu pun tak apa sbb blog ini sudah dikenali ramai :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahuakbar. PC masih sangat kecil Atie. Masih perlu banyak belajar dan perbaiki lagi.

      Padam
  7. cida search Perdu Cinta kak lepas lama tak blogging dlu. haha jumpa!

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..