Lebih Kerap Berpeluh Dan Sentiasa Dahaga

LEBIH KERAP BERPELUH DAN SENTIASA DAHAGA.بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt. Panas seperti biasa. Terik. Lit-lit-lit. Sungguh. Masa macam nilah semua air yang berais terbayang dan nak sangat. Huhuii. Tekak sentiasa kering. Rasa dahaga. Bila cuaca panas terik badan pun kerap berpeluh. Bila berpeluh jadi melekit dan kurang selesa. Kurang selesa ditubuh dan kurang selesa dihidung juga.

Dalam pada masing-masing rasa kurang selesa dengan cuaca terkini, sana sini meriah pokok buah-buahan berbunga dan berbuah. Alhamdulillah. Begitulah aturannya. Disusun ikut peraturannya dan keperluannya juga oleh Maha Berkuasa. Hujungnya kita juga dapat menikmati buah-buahankan. MasyaAllah. Terus terbayang tembikai. Aarghhh. Tadi air ni tembikai. Nafsu sungguh. 

Tidak semua keadaan kita lakukan sesuatu atas tuntutan nafsu juga. Kadang ada yang mesti dilakukan atas tuntutan satu keperluan dan kebaikkan. Contoh kalau kerap minum atau kerap mandi dalam cuaca sekarang itu bukan suatu yang suka-suka juga sebaliknya untuk kesihatan dan satu keperluan. Paling utama juga kesihatan mesti diambil kira kerana dalam keadaan sekarang yang panas dan kering, tidak mustahilkan sesiapa sahaja mudah mengalami masalah kesihatan dan ruam juga bagi bayi juga kanak-kanak. 

Lebih Kerap Berpeluh Dan Sentiasa Dahaga

Selain itu bagi yang sedang berpuasa. Qada puasa, sebolehnya awal pagi ketika bersahur dan nanti ketika berbuka puasa lebihkanlah minum air masak ya. lagi satu, mungkin ada yang telah memulakan rutin senaman pun perlu lebih minum secukupnya juga. Tidak semestinya bila kerap berpeluh dan sentiasa dahaga itu adalah tanda menghidapi sesuatu penyakit. Harap maklum. Semoga semua dipermudahkan. Aamiin.

Sekian
Tinta PC ❤
Lebih Kerap Berpeluh Dan Sentiasa Dahaga

6 comments:

  1. Allah jadikan musim panas ini ada hikmahnya

    ReplyDelete
  2. Ye..panas lit lit sekarang ni..Hm...kena banyak minum air, nanti mudah terkena penyakit lain jika kurang minum air masak.Huhu..

    ReplyDelete
  3. air minum selalu mengelakan dehidrasi musim kering la ni

    ReplyDelete
  4. panas.... tapi alhamdulilah lately ni hujan jgk..
    air x puas minum secawan dua kan. mesti nak bergelen2

    ReplyDelete
  5. sekarang ni musim panas..memang kena banyak minum air..

    ReplyDelete
  6. tiap kali sahur mmg 1L air hehehe

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.