Header Ads

Pada Garis Waktu Yang Paling Tepat

PADA GARIS WAKTU YANG PALING TEPAT. بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt. Setiap kita tlah Tuhan sediakan garis waktu masing-masing. Tak ada siapa pun yang tahu. yang tahu cuma Allah SWT sahaja. Sejak kita belum lahir lagi. Semua telah ada. Ya, TELAH ADA TERSEDIA DAN DISEDIAKAN. Semuanya.

Pada garis waktu yang paling tepat. 
Kehidupan, kelahiran dan kematian.

Lahir ke dunia ini dan dimatikan di dunia ini. Tiada siapa yang tahu bila tarikh dan masa yang tepat seseorang itu lahir ke dunia dan diambil nyawanya dari dunia ini sehinggalah hal itu benar-benar terjadi. Pakar atau pegawai perubat hanya boleh memberi  tarikh dan masa anggaran namun ketepatannya cuma Allah SWT yang Maha mengetahui. Bila seorang bayi itu lahir, itulah dicatat tarikh dan waktu lahirnya. Bila seseorang itu meninggalakan dunia itu saat itulah direkodkan waktu dan tarikh dia kembali kepada PenciptaNYA.

Pada Garis waktu yang paling tepat.
Visi. Misi. Cita-cita. Impian. Harapan.

Siapa yang tidak punya ini semua. Kalau pun tidak semua sebahagian besar daripada kita tentu sahaja memiliki satu keinginan walau mungkin sekadar keingianan yang paling kecil sahaja yang letaknya jauh ke dasar hati. Mahu. Nak. Ada yang cepat mengapai apa yang diigini. Ada yang mungkin mengambil waktu yang panjang dan lama. Usaha tetap sahaja usaha. Doa tentu sekali berdoa. Tawakal itulah hujung pada setiap apa yang sedang diusahakan. 

Pada Garis waktu yang paling tepat.
Kesihatan dan kesakitan.

Kesihatan yang baik itu nikmat. Nikmat yang mahal Allah SWT berikan. Berasa bersyukurlah pada sesiapa yang tidak pernah atau mungkin sangat jarang Allah SWT beri kesakitan. Sihat dan sakit seperti rakan sepermaianan yang sanga baik dan akrab. Bersilih ganti. Memainkan peranan mereka masing-masing. Tubuh kita menjadi wadahnya. Menerima dan merasai apa pun itu yang mendekat dan mahu menyerang tubuh baik ketika tubuh sudah bersedia atau langsung tidak mengetahui apa-apa. Tapi yakinlah tubuh kita telah Allah SWT cipta sebaik-baiknya. Kita manusia. Tanah yang bernyawa. 

Pada Garis waktu yang paling tepat.
Nikmat dan dugaan.

Panas. Hujan. Pelangi. Walau mungkin pelangi itu cuma sesekali dapat dinikmati, namun yang sesekali itu ianya sangat memberi kesan kepada mata yang memandang. Yang sesekali itulah juga selalu di nanti-nanti. Panas adakala menjadi rungutan. Hujan adakala menjadi asbab musibah. Namun semua telah Allah SWT letak pada tempatnya. Pada susunan yang terbaik. Nikmat, nikmat dan nikmat kemudian dugaan. Berat. Kerana manis dan indahnya nikmat selau dinanti, diterima dengan lapang hati sedangkan untuk menerima dugaan itu bukan sesuatu yang ringan pada fikiran dan hati. Sekalai lagi, nikmat dan dugaan juga akan bersilih ganti. Teranyam rapi sepanjang menlewati hidup ini. Sampai nanti. Mencari hikmah dibalik musibah itu berat yang ada manis dan indahnya. Percayalah. Sandarkan sahaja semuanya kepada DIA. Asal sudah berusaha selayaknya. Doa dengan gagah hati. Minta.

Waktunya akan tiba.

Sekian
Tinta PC ❤
Pada Garis Waktu Yang Paling Tepat



logoblog

6 ulasan:

  1. Sandarkan sahaja semuanya kepada DIA ~ tepat sekali

    BalasPadam
  2. Setiap apa yang berlaku mesti dah disusun olehNya.. baik atau buruk, pasti ada hikmahnya..

    BalasPadam
  3. Semua sudah tertulis bila masa dan ketikanya. Dia sebaik-sebaik Penentu Setiap Hal.

    BalasPadam
  4. Allah mengatur segalanya dan memperkenankan setiap perkara pada garis waktu paling tepat. Alhamdulillah, masih diizinkan juga saya berkunjung setelah agak lama tak berkesempatan menjengah rakan-rakan maya. Salam ukhwah selalu PC.. moga sentiasa diberkati.. aamiin.

    BalasPadam
  5. Allah tahu apa yang terbaik utk kita :)

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..