Header Ads

Walau Tak Mengenali Tidak Salah Mendoakan

WALAU TAK MENGENALI TIDAK SALAH MENDOAKANبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt. Tidak mengenali tapi tahu, tidak salah mendoakan. Asal doakan yang baik-baik. Mungkin bagi sesetengah orang apa sangatlah dengan doa. Biasa-biasa sahaja. Atau mungkin tiada apa-apa pun kalau nak dibandingkan dengan kebendaan. 

"Aalah doa semua orang boleh beri tapi kalau barang tak semua mampu". Namun hakikatnya tidak ramai yang boleh istiqhomah mendoakan apatah lagi mendoakan orang lain dengan senang hati dan lapang fikiran. Tapi bagi PC pula setiap doa itu ada pengertian dan kuasanya yang tersendiri untuk Allah SWT terima dan kabulkan. Memang semua orang berdoa, namun dalam banyak-banyak doa itu kita tidak pernah tahu doa yang mana dan doa siapa dahulu yang Allah SWT kabulkan untuk kita dan untuk orang lain juga.

Walau Tak Mengenali Tidak Salah Mendoakan
Sebarkan doa kerana Allah SWT

Tak salah pun kan. Tak rugi pun kan. Tak sia-sia pun kan. Walau tak mengenali tidak salah juga mendoakan. Daripada memerli, menyindir yang bukan-bukan, berprasangka yang tidak baik, lebih baik kita doakan. Moga kebaikkan itu berptah balik kepada kita semula. Modalnya cuma doa tapi pulangannya berganda Allah SWT beri. MasyaAllah. 

Mungkin yang kita lihat baiknya. Alhamdulillah. Mungkin juga yang kita lihat buruknya. Paling bahaya buruk itu cuma pandangan kita sahaja, sedangkan hakikatnya tidak begitu. Ruginya dikita. PC tak baik pun. Tapi belajar nak jadi lebih baik. Perkara yang PC tidak buat dan hakikatnya tidak seperti yang orang fikirkan itu buat PC bengang. Bengang sangat-sangat. Jadi PC pun fikir hal yang sama juga kalau situasinya dihadapi orang lain. Orang tu begitu, kita anggap begini, mesti dia pun bengang jugakan. Begitulah ibaratnya. 

Sekarang ni nak buat pahala mudah sangat. Nak buat dosa lagilah sangat-sangat mudah. Justeru itu berhati-hati. Berthati-hati ni bukan kat atas jalanraya je. Sekarang semua perkara yang nak kita buat kena fikir banyak kali dan hati-hatinyanya pun kena berganda juga. Sedarlah, disekeliling kita sangat banyak perangkap yang jelas dan terbuka. Tidak lagi diselindungi. Tidak juga menjadi suatu rahsia.

Sekian
Tinta PC ❤
Walau Tak Mengenali Tidak Salah Mendoakan

logoblog

6 ulasan:

  1. setuju, manalah tau, rupanya doa kita yang dimakbulkan Allah..

    BalasPadam
  2. Setuju. sekarang lebih berhati-hati dalam melakukan setiap perkara, tanpa sedar ada perangkap yang terbuka.

    BalasPadam
  3. benar PC, contoh dalam situasi yang amat mudah, kita dalam perjalanan terpandang lah insiden penunggang motor bawa anak isteri, paling mudah doakan semoga mereka selamat sampai, in shaa allah ia akan jadi satu kebiasaan buat kita semua untuk sentiasa istiqomah

    BalasPadam
  4. Walau Tak Mengenali Tidak Salah Mendoakan, betul ni PC ... setuju

    BalasPadam
  5. Doa yang baik-baik sahaja. Contoh kalau pun kita geram sakit hati pada seseorang yang buat kita, doakan orang tu diberi hidayah janganlah minta dia #silamereput eh! hahahaaa kerana doa tersebut akan berbalik pada kita. #ingatanuntukdirisendirijuga
    Prof Muhaya shared tips untuk doa mudah dimakbulkan adalah mendoakan orang lain tanpa diketahui oleh orang tersebut. Wallahualam.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..