Header Ads

1 Ramadan 1442H

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

1 RAMADAN 1442H. Semalam berakhirnya bulan Syaaban. Hari ini 1 Ramadan 1442H. Hari ini hari pertama seluruh umat Islam di mana pun berada mula berpuasa. Alhamdulillah. Syukur dan terima kasih Allah SWT. Ada juga mungkin yang tidak dapat berpuasa di awal Ramadan ini dek kerana keuzuran yang tidak dapat dielakkan. Tidak mengapa asal bukan suatu yang disengajakan. Allahuakbar. Diberi lagi rezeki untuk sama-sama melunas rukun Islam ketiga ini. Nikmat sangat-sangat. Moga kita semua diberi kesihatan yang baik dan dapat menjalani ibadah pusa hingga akhir nanti. Aamiin.

Solat sunat tarawih telah bermula. Kalau pun tidak diizinkan berjamaah di surau atau di masjid-masjid berdekatan, usahakan untuk menunaikannya sahaja di rumah bersama-sama keluarga atau mungkin bersendirian. Usahakan ya. Walau kadang bila mahu solat sendiri itu beratnya bukan main, tapi fikirkan kalau-kalau ini Ramadan terakhir untuk kita dan bersama keluarga. Jadikan itu penguat.

1 Ramadan 1442H
1 Ramadan 1442H

Setiap hari yang berganti itu lembaran baharu untuk kita. Setiap etik akan ada kisah dan warnanya. Bagi PC begitu jugalah dalam bulan Ramadan. Akan ada dan sentiasa ada catatan-catatan yang baharu dicatat oleh para malaikat yang sentiasa disisi kita. Tidak ada yang tercicir walau satu pun dan walau sedikit pun. Semoga setiap apa yang catat semunya baik-baik sahaja.

Niat itu seperti tiang utama. Apa pun yang mahu kita lakukan kalau tidak mahu tergelincir, perbetulkan dan sentiasa jaga niat. InshaAllah semua baik-baik sahaja kejadiannya. Nak niat per hari boleh. Nak niat terus sebulan pun boleh. Terserah. Jangan ada niat tak mahu berpuasa sudah. Ini yang tak boleh.  

1 Ramadan 1442H

Semuanya berganda dan nikmat. Setiap hadirnya hari Jumaat menjadi satu kebahagiaan untuk ramai orang kerana penghulu segala hari ini mewah dengan keberkatan dan kebahagiaan. Macam gudang pahala dan macam selautan ganjaran. Sama juga berada di bulan Ramadan. Sangat digalakkan perbanyak lakukan hal atau perkara yang baik-baik walau perkara sunat dan sunnah. Ianya membantu menambah banyak pahala untuk kita. Aamiin.

Selamat berpuasa semua sahabat blogger. Moga kualiti puasa dan ibadah kita tahun ini lebih baik dan mantap disisi Allah SWT. Maaf atas segenap khilaf yang telah PC lakukan ya. Sama-sama kita terus saling mendoakan satu sama lain.

Sekian
With love, PC.
1 Ramadan 1442H



logoblog

12 ulasan:

  1. Salam Ramadhan Kak PC.. Selamat berpuasa

    BalasPadam
  2. salam Ramadan Kareem Buat PC sekeluarga

    BalasPadam
  3. salam ramadham PC....selamat berpuasa ya

    BalasPadam
  4. Marhaban Ya Ramadhan PC.
    Sama-sama mohon maaf ya semoga amalan kita diterimaNYA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama MrsA. PC pun minta maaf juga ya.

      Padam
  5. Salam ramadan dan selamat berpuasa

    BalasPadam
  6. Salam Ramadhan PC!
    Selamat Menjalani Ibadah Puasa PC dan keluarga :)

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..