Kunci Buka Banyak Pintu

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

KUNCI BUKA BANYAK PINTU

Syukur
Bukan bila dapat nikmat
Ketika didatangkan musibah dan ujian juga
Mahu bersyukur itu berat
Kerana manusia mudah terlupa
Terlupa mahu bersyukur
Lupa mensyukuri nikmat
Tidak semua begitu
Tapi ramai begini

Seperti kunci-kunci kecil dan halus
Ada kemampuan membuka banyak pintu
Ya kunci buka banyak pintu
Jaga dan simpan sebaik-baiknya
Untuk diri sendiri
Ingatkan anak cucu juga
Wariskan kunci-kunci ini
Mahal
Sangat berharga

Sabar
Berat dan pahit
Menyakitkan kerana melawan yang ada dalam diri sendiri
Hikmahnya luar biasa
Tidak main-main
Sabar membuahkan banyak hasil
Seperti aneh namun tidak pelik
Ketika sabar itu juga sedang bertawakkal

Doa
Tolong jangan pandang kecil senjata yang satu ini
Senjata yang kadang dipandang paling sepi dan tidak bernilai
Salah
Banyak pintu boleh terbuka
Banyak pintu boleh tertutup serapatnya juga
Cuma dengan doa
Daripada siapa
Untuk siapa
Ada daya yang tidak sama
Maknanya juga tidak serupa
Kesannya ketara juga
Berbeza skala yang merasa dan menerima

Usaha
Jangan main-main
Jangan anggap gurauan
Mesti serius
Mesti fokus
Jangan separuh hati
Betul-betul usaha
Betul-betul sandarkan hujungnya pada DIA

Perbuatan manusia
Saya
Awak
Mereka
Dan kita semua
Tuhan sentiasa beri banyak kunci
Kunci yang boleh buka banyak pintu
Cari
Manfaatkan

Sekian
Tinta PC
Kunci Buka Banyak Pintu
 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. mendalam dan penuh makna entri PC..moga kita tak terlepas 1 kunci yg penuh manfaatnya.

    BalasPadam
  2. fuhh... betul tu...tak sabar, tak suka berdoa, malas usaha... situ aje la... tak ke mana mana

    BalasPadam
  3. kunci hidup kita yang tentukan atas dasar apa

    BalasPadam
  4. jangan hilangkan kuncci2 pintu

    BalasPadam
  5. Hati-hati buka kunci pintu.. hehehe..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama