Header Ads

Macam Je Sebenarnya Bukan

MACAM JE SEBENARNYA BUKANبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Apa kes. Kita ada perasaan dan kdang kita ni pun perasan. Perasan sangat-sangat. Eh biarlah nak perasa ke apa ke. Ada aku kesa. Ha gitu. Kita kan manusia biasa. Kecuali berasa luar biasa. Terserah. Dipersilakan.

Kita rasa semua yang kita miliki sekarang kita punya. Macam je sebenarnya bukan. Bukankah semua Allah SWT punya cuma dipinjamkan sahaja kepada kita untuk dijadikan ujian. Kena cepat-cepat sedar kalau tidak membinasakan diri nanti.

Rasa selesa dan selamat bila dah banyak buat kebaikkan itu ini sana sini. Macam je sebenarnya bukan macam tu kaedahnya. Memang setiap apa yang dilaukan ada ganjarannya. Memang. namun begitu semua bergantung pada rahmat atau kasih sayang Allah SWT juga. Nak raih kasih sayang Allah tu yang kena hati-hati. 

Bila diturunkan ujian kepada kita, macam-macam rasa ada. Pelbagai persepsi muncul. Macam je sebenarnya bukan Allah SWT benci atau mahu zalimi kita, itu kerana DIA mahu menguji keimanan hambaNYA dan tidak mustahi DIA rindu sangat-sangat dengan kita. Ada yang mesti kita perbaiki dan berubah dengan kadar segera juga.

Macam je sebenarnya bukan. Jadilah manusia yang tidak mudah dan tidak cepat membuat kesimpulan dan perbandingan tanpa alasan dan sebab yang kukuh ya.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Macam Je Sebenarnya Bukan

logoblog

5 ulasan:

  1. Kat sini, macam - macam info ttg kesedaran...
    Selalu bc tp jarang komen ehhehe... :)

    BalasPadam
  2. setuju. jadikan kita manusia yang tidak mudah buat kesimpulan tanpa alasan

    BalasPadam
  3. reda Alhamdulillah selamat semuanya

    BalasPadam
  4. betul kan, naik raih kasih sayang Allah kena hati hati, salah niat, salah minat.. kadang buat Allah murka

    BalasPadam
  5. InsyaAllah...kena tengok dan kenal pasti sebelum membuat sebarang kesimpulan, kena tengok pro dan cons jugak tu

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..