MAKAN ALA KADAR DULU. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Bila berpuasa salah satu hal yang susah nak dikawal adalah rasa dahaga sebenarnya. Apatah lagi kalau cuaca panas yang bukan panas biasa tapi panas terik sangat-sangat. jangan kata budak yang baharu nak belajar puasa, orang dewasa pun asyik urus leher je. Hehehe. Air paip pun nampak macam air jagung. Bersyukurnya Ramadhan ini Allah SWT rezekikan hujan yang walau tidak berterusan tapi sentiasa turun dari langitNYA. Alhamdulillah. Hari ni dah masuk empat Ramadhan. MasyaAllah.
Makan ala kadar sahaja. Tekak tengah haus. Perut tengah lapar kalau ada yang cakap makan ala kadar sahaja rasa macam dengar tak dengar je. Macam angin lalu laju je. Tapi inilah yang selalu arwah nenek PC pesan. Mama dan babah selalu ingatkan sampailah sekarang. ''Makan ala kadar dulu''. Betul juga, bila terlalu sarat dengan makanan dan minuman dalam perut, nak solat pun kurang selesa sebenarnya. Kalau PC la. Mungkin lain orang lain pandangannya. Mustahillah nampak hidangan macam-macam, air banyak jenis tibaa-tiba nak ala kadar, adoiii terseksa tekak dengan perutkan. Setuju.
Tapi kalau dipaksa perut diisi dengan makanan yang berlebihan pun kesian juga usus tu nak bekerja. Seharian berehat tiba-tiba dipaksa kerja berat dan berterusan, mahu merana dia. Letih juga jadinya dan kesannya pada tubuh kita juga akhirnyakan. Jadi, awal buka puasa tu, makan ala kadar dulu. Nanti santai-santai makan la lagi sikit-sikit berperingkat. Badan kita sihat, perut kita sihat. Nak beribadah pun lebih ringan juga. InshaAllah. Aamiin.
Tapi ini cuma pendapat dan cara serta nasihat daripada orang tua PC tau. Ikutlah keselesaan dan cara masing-masing. Setiap kita ada peraturan dan perinsip yang berbeza-beza jugakan. Asalakan gembira dan jangan lupa bersyukur sentiasa ya.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Makan Ala Kadar Dulu
Tags:
Santai
Betul.. Tp kdg ako ikut mood cara nak makan ni.. Haha. Nk makan pun kena ikut mood kan..
BalasPadamEna pon makan ckit je. Sbb byk minum air. Pastu kol 10 makan balik. Hehe
BalasPadamALHAMDULILLAH BERENTI MKN SEBELUM KENYANG
BalasPadamBetul kadang2 membazir sbb perut dh kenyang
BalasPadamCantik header PC
BalasPadam