Mengurangkan Rasa Letih

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MENGURANGKAN RASA LETIH. Aduh letihnya badan. Sakit-sakit tulang belulang. Rasa tegang semua urat seluruh badan.Sengal sana. Sengal sini. Lenguh situ. Biasa dengarkan. Tak kisahlah memang kerja berat atau sedrhana berat dan tidak berat kerana kita manusia biasa ada kemampuan tubuh masing-masing yang bertahap-tahap. PC percaya stamina setiap orang tak sama.

Ada orang cuma basuh baju dia sudah berasa letih. Ada orang kemas satu rumah seharian tidak letih-letih. Sampai kita yang tengok ni jadi letih. Ada orang langsung tak buat apa-apa tapi berasa letih. Letih sebab tidak beraktiviti pun boleh jadi juga. Letih terlebih beraktiviti pun tidak mustahil juga. Namun tubuh kita Allah jadikan sangat istimewa. Ada bahasanya yang tersendiri di mana boleh menghantar isyarat-isyarat tertentu bila perlu rehat dan seterusnya bila perlu terus beraktiviti.

Membuang atau menghindari rasa letih itu tidak mungkin kerana ianya akan datang setiap hari. Selagi mana ada sahaja yang kita lakukan.Kalau mengunyah je pun letih oi. Banyak bercakap pun letih oi. Apatah lagi berfikir, menyumbang rasa letih juga sebenarnya. Seorang blogger pun ada saatnya berasa letih dan tersangat-sangat letih. Dengan perbagai agenda seharian yang mesti dilunaskan satu persatu, tentu sahaja kita selalu mencari solusi terbaik untuk mengurangkan rasa letih yang dirasai.

Rasa letih ni, tapi masih banyak yang belum selesai. Masih banyak yang mesti diurus. Sebenarnya satu hal yang PC pelajari adalah, santai. Buat satu persatu dengan santai tapi beres semua. Semakin rasa tertekan badan semakin rasa cepat letih. Sebab otak ligat berfikir. Badan bergerak melakukan justeru berfikir itu juga menarik tenaga. itu yang nanti hujungnya mengantuk tak sudah-sudah. Bukan tak boleh tidur tapi kalau terlebih tidur pun badan jadi letih juga.

Sambil buat kerja cuma istighfar dan zikir dalam masa yang sama.Daripada berangan atau fikiran melayang ke mana-mana baik berzikir. Kerja beres hati tenang pahala mengalir masuk. Tak gitu. Kadang bila berzikir dan istighfar, kerja tu jadi macam lebih cepat selesainya. Mungkin sebab kita tak fikir sangat. Layan je. Eh dah selesai. Alhamdulillah. Gitu.

Sambil buat kerja cuba ingat yang menggembirakan, tak pelah senyum sorang-sorang. Apa ada hal. Kikiki. Mood yang baik menyumbang banyak aura positif tau. badan cergas. Otak cerdas. Sampai lupa nak rasa malas dan letih. Bersemangat terus. Kita bantu diri kita sendiri. Heret memori-memori indah, gembira dan lucu ketika melakukan suatu tugas dan kerja-kerja rumahtangga.

Semua dah buat ni tapi masih lagi letih memanjang. Vitamin jangan cakap dan bermacam jenis, dah berbotol-botol, tapi masih lagi letih. jadi macam mana nak kurangkan rasa letih ni. Aduhai Ya Allah. Kembali kepada niat awal. Bismillah. Sahaja aku buat semua kerja ni kerana MU Ya Allah. 

Lumrah manusia ada rasa letih fizikal,mental dan emosi. Cuma terkadang sesama manusia yang tidak mahu memperduli.

Sekian.
Tinta PC
Mengurangkan Rasa Letih


5 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Betul tu PC, lumrah manusia..mcm shida seharian mgemas xletih2 tp sekali dah kemas..dah mandi berehat..letih dia jd panjng hahahaa ^_^

    BalasPadam
  2. Betul tu PC.. tambah macam Kak Sue nie cepat letih sekarang nie, faktor usia agaknya. Tapi bagusnya tips buat kerja sambil berzikir tu.. kadang Kak Sue buat juga..

    BalasPadam
  3. betul, buat satu persatu.. kalu tak lagi rasa letih

    BalasPadam
  4. Betul tu PC, saya mengemas satu rumah tak letih mana, tapi kalau suruh bersukan tu letihh sangat rasanya hahahaha :D

    BalasPadam
  5. saya recovery letih dengan amalkan suplimen.

    tak la terasa sangat

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama