Perut Kalah Dengan Nafsu

PERUT KALAH DENGAN NAFSU. بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Besar nafsu. Besar selera namun perut tetap kalah juga. Ya, perut kita kalah sehinggakan mencungap dibuatnya kalau terlalu ikut selera dan nafsu. Masih berada diminggu pertama Ramadan kita semua. Alhamdulillah. 

Meriah ada lebih banyak kedai-kedai atau gerai-gerai menjual pelbagai juadah berbuka di mana-mana sahaja. Memang meriah. Syok oo. Memang syok. Waktu bulan Ramadan nilah ap sahaja menu yang tak ada di bulan lain boleh muncul ketika Ramadan. Tak ke unik tu.

Cuma kena ingat. Perut kita ada hadnya untuk diisi. Tak kiralah perut kanak-kanak ke. Perut orang dewasa ke. Perut orang tua ke. jangan sampai terlebih isi bawa padah dan musibah. Kena ingat juga, dalam menikmati apa pun jenik makanan dan minuman, jangan abaikan kesihatan ya.

Kalau ada ubat yang perlu dimakan setiap hari seperti disaran oleh pakar perubatan, jangan ditinggalakan. Lebih-lebih lagi keti berada dalam bulan puasa ni. jangan sampai lupa makan ubat. Buatlah nota tampal di tempat yang mudah dilihat dan mengingatkan kita. Nampak macam remeh je, tapi kadang perkara yang remeh itulah bila sudah berlaku membawa kesan yang berat dan besar.

Sekali lagi, jangan biarkan nafsu menang. Ukur kemampuan perut sendiri sekadar mana boleh menerima dan menampung makanan dan minuman.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Perut Kalah Dengan Nafsu

7 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. alaamaakk baru dapat ubat untuk darah tinggi... huhu..
    sedih plak tetiba bole dapat BP ni.. :(

    BalasPadam
  2. Makan kena beringat, jangan ikut nafsu semata mata :D

    BalasPadam
  3. InsyaAllah, posa thn ni azam nak jaga makan. Ameeen

    BalasPadam
  4. nafsu hendak
    perut tak larat
    akhirnya jadilah pembaziran

    BalasPadam
  5. perut kita kecik ja semua nk isi ya

    BalasPadam
  6. betul, puasa tapi jgn la memudaratkan

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah so far Ramadhan tahun ni mama Masih ok lagi

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama