Ada Banyak Nasihat Tapi Pandai-pandailah

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

ADA BANYAK NASIHAT TAPI PANDAI-PANDAILAH. Bukan mudah nak jumpa terus. Selalu cuma jumpa dalam kumpulan sembang maya sahaja. Kadang sembang di alam maya kencang bila jumpa kaku. Ada yang dalaman maya beku Bila jumpa cair mengalir. Ada sama sahaja. Di alam maya gitu bila jumpa pun macam tu. Hehe. 

Dan bila hari raya ni satu kesempatan berjumpa. Walau dalam situasi berbeza tidak seperti dulu-dulu juga. Ada boleh dan tidak bolehnya. Macam tersekat-sekat pun ya juga namun kesempatan tetap dimanfaatkan. Sembang santai. Lazimnya ada banyak nasihat tapi pandai-pandailah. 

Siapa sahaja boleh berubah nasihat,  baik dari pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain yang dikongsikan. Pendapat orang muda dihargai. Pendapat orang tua dihormatilah. Sesiapa yang menerima dan mendengar nasihat, tapis dengan bijak. Boleh dengar semua tapi belum tentu boleh diterima semuanya ya. Dengar lain. Terima lain. Praktikkan lain lagi halnya. 

Tidak semua nasihat baik dan sesuai untuk kita. Pilih-pilih la dengan hati yang tenang dan akal yang waras lagi bijak. 

Sekian
Tinta PC
Ada Banyak Nasihat Tapi Pandai-pandailah





PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betul, tak semua nasihat berguna utk kita.. kena pandai2 plh dan kaji

    BalasPadam
  2. tak salah pun menerima nasihat walau apa pun usianya.. Yang baik dijadikan teladan kan PC..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama