Header Ads

Betul Ke Sepatutnya Yang Muda Dahulu

BETUL KE SEPATUTNYA YANG MUDA DAHULUبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt semua. Pendapat peribadi PC, kita sama-sama 'saling'. Baik yang muda, dan yang tua kena bersama-sama. Memang yang lebih muda kena lebih hormat yang lebih berusia atua lebih tua, memang begitu yang diingatkan dan diajarkan sedari PC kecil pun. Kita kena hormat orang yang lebih tua atau lebih dewasa daripada kita. Betul la tu. Betul sangat. Tapi bagi PC, SEMUA orang mesti tanamkan rasa hormat satu sama lain dalam diri masing-masing. Baharulah aman damai dan sejahtera hidup ni. 

Hormat bukan bererti salam cium tangan sahaja. Bukan kena bentang karpet merah berjela-jela pijak sampai tenggelam kaki pun. Tidak juga adakan jamuan besar-besaran untuk menyambut kedatangan orang yang kita hormat itu. Sebenarnya rasa hormat ini menungjukkan bagaimana kita menyantuni sesama insan dan makhluk. Luas pengertiannya.

Kalau semua orang minta dihormati tapi tidak pandai menghormati dan menghargai semula susah jugalah. Hormat dengan takut lebih baik hormat. Bila homat, didepan kita dia hormat, dibelakang kita pun tetap ingat hormat dan menhgargai. Kalau taku ni risaunya depan kita dia takut tapi bila belakang kita lain macam perangai dan tindakkannya berlebihan dan keterlaluan. Hormat sesama kita takut dengan Allah swt inshaAllah lebih terbaik dan termantap. Aamiin.

Betul Ke Sepatutnya Yang Muda Dahulu
Gambar Hiasan

Betul ke sepatutnya yang muda dahulu. Yang muda selalu belajar daripada yang lebih dewasa dan tua yang mencontohkan. Kalau yang muda tidak betul tugas yang lebih dewasa dan tua tegur dan perbetulkan. Jangan mencari salah satu sama lain. Tengoklah keadaannya seperti apa dan ikutlah kesesuaain yang terbaik untuk dilakukan. Dalam keadaan sekarang kalau masih nak saling menuding jari dan mengharapkan yang muda patutnya lebih itu dan lebih ini kepada yang lebih tua, bahaya juga. Ajal tak meletakkan usia itu syarat. Buat salah pun tidak ada meletakkan umur itu sempadan dan batasannya. Jadi sementara masing-masing ada peluang, saling berbuat baiklah.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Betul Ke Sepatutnya Yang Muda Dahulu

logoblog

4 ulasan:

  1. mana yang baik kita ikut, tak kira muda ke tua,betul tak kak PC =)

    BalasPadam
  2. dahulukan sesuatu keputusan mengikut keperluan

    BalasPadam
  3. Yang tua kena tunjuk contoh yang baik, yang muda pun kena jaga adab. Insha Allah, bahagia kalau saling menghormati

    BalasPadam
  4. tidak ada yang mana dahulu sepatutnya bila ada rasa saling menghormati.. Tak kira tua mahupun muda.. Kena belajar saling menghormati tak kira usia kerana masing-masing ada kelebihan..

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..