Bila Syawal Berat Badan Bertambah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BILA SYAWAL BERAT BADAN BERTAMBAH. Betul ke ni. Fakta ke dusta. Ada betulnya Dan ada juga tidaknya. Sebenar berat badan kita boleh bertambah dan berkurang bila-bila masa sahaja. Bergantung pada sistem tubuh masing-masing dan cara masing-masing mengamalkan rutin gaya atau cara hidup yang seperti apa. Ada orang makan banyak santai je. Ada orang makan sikit tapi berat badan melambung-lambung. 

Mungkin bila bulan Syawal antara satu sebab kecil atau alasan berat badan sesiapa sahaja boleh bertambah. Maklumlah makan dan minum macam-macam. Selera pun kadang lain macam. Tekak pulak tak banyak ragam,  nah apa lagikan. Bissmillah Allahumabariklana la sentiasa. 

Kalau PC,  biasanya bila Syawal ni siang sibuk tak kiralah masak ke, mengemas ke jadi yang dicari cuma air. Dapat air dah ok sangat-sangat la tu. Nak makan badan letih, tapi nanti bila dah malam masa dah lengang, haaa semua alat muzik ada dalam perut. Sehari, sekali ok lagi tapi kalau berhari-hari dan banyak kali, mahu tak berpusing jarum penimbang. Tak ke hijau muka. Masa tu terus amik wudhuk solat taubat. Hahaha. 

Lagi satu kadar karbohidrat dan gula yang diambil terlajak had pun boleh jadi juga. Sebenarnyakan karbohidrat ke,  gula ke, lemak ke, tu semua tak salah. PC sendiri selalu salahkan makanan tu walhal diri sendiri yang salah. Kan boleh pilih nak makan atau elak. Nak makan dalam kuantiti yang banyak atau sekadar sahaja. Semua akan memberi kesan jika keterlaluan atau berlebihan. Bukan ketika bab makan sahaja malah dalam segenap sudut perkara yang dilakukan.

Dalam suasana apa sekalipun, tetap kena sentiasa ingatkan diri supaya tidak berlebihan. 

Bila Syawal Berat Badan Bertambah
Google image
Bila Syawal Berat Badan Bertambah

Sekian
Tinta PC 
Bila Syawal Berat Badan Bertambah

16 comments:

  1. Ada hikmah perlu puasa 6 kan lepas raya, baru boleh rehatkan perut yg dh diisi mcm2 awal raya 😅

    ReplyDelete
  2. bukan bila syawal kita makan non stop dari pagi sampai malam, melainkan kalau puasa bulan tu. kami so far, berat statik je, sebab pola makan tetap sama mcm hari biasa. tapi diakui ada tambahan sebab makan kuih raya, kek, dan pulut, lemang sebagainya.

    ReplyDelete
  3. puasa berkurang berat bdn..raya apa lg jgn kasih lama..hihi//nnt diet balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Boleh je turun berat asal kuat semangat nak eat clean.

      Delete
  4. berat badan bertambah ni kadang tak boleh nak jangka. macam saya kurang makan pun tak jugak turun berat badan. mungkin pengambilan lain terlebih makan agaknya. ataupun stress..betul, apapun ikut sistem hadam badan masing masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Fiza. Kak PC pun jenis susah nak turunkan berat badan. mungkin metabolisme dah kurang kot kalau kak PC ni.

      Delete
  5. haha bkn syawal je ni...
    rasa dr awal PKP dah naik berat badan ni..huuuhuwaaaaaa :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikikiki. Aduhai..macam PC ni rasanya memang dah tak boleh bawa bincang naik berat badan.

      Delete
  6. ini adalah fakta! Uncle la tu.... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalkan sihat uncle. Selalu orang cakap bila berat badan berlebihan tak sihat. Tak juga sebenarnya.

      Delete
  7. Berat badan Syawal tak timbang lagi. Takut terkejut sendiri :)

    ReplyDelete
  8. betul, segalanyaaaa kena berpada2 kan

    ReplyDelete
  9. Saya pula tak ada perubahan sangat walaupun masa ramadan makan nasi waktu sahur je, dan lepas syawal pertama sambung puasa ganti dan sunat.. Kena lebih aktif baru ada perubahan.. hehehe..

    ReplyDelete
  10. hehehe... betul juga ni... masa bulan puasa berat akak turun 3 kg lps raya 2 hari lepas timbang naik sml 3 kg... kekeke

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.