Jangan Serabutkan Kepala Terima Dan Jangan Jadikan Sengketa

JANGAN SERABUTKAN KEPALA TERIMA DAN JANGAN JADIKAN SENGKETAبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Setiap hari hati berdebar-debar. Sentiasa mahu memantau bertambah atau berkurang kes terkini dalam negara di setiap negeri. Syukur sangat bila ada penurunan pada jumlah keseluruhan walau cuma sedikit dan kecil sahaja. Tak apalah penurunan sedikit dan kecil asalakan sentiasa lama-lama keadaan kembali pulih. Namun hakikat belum ini yang terjadi. Setiap hari semakin meningkat. Sekarang selain jumlah kes yang sentiasa meningkat, satu lagi isu yang hangat diperbincangkan dan diperdebatkan adalah mengenai isu vaksin setelah  wujud dan timbulnya COVID-19. 

PFIZER BIONTECH
SINOVAC
ASTRAZENECA

Bukan kepakaran dan kemahiran PC untuk ulas tentang ketiga-tiga vaksin ini. Apa yang menarik perhatian PC beberapa perkara. Dan apa yang mahu PC sampaikan adalah pandangan atau pendapat peribadi sahaja.

Jangan serabutkan kepala terima dan jangan jadikan sengketa. Bukan suatu hal yang baharu. Tidak juga suatu perkara yang pelik. Vaksin. Hari pertama kita lahir pun kita terus dan telah divaksin. Sambunglah sehingga sekolah rendah kemudian ke sekolah menengah. Ada juga yang mengambil suntikan vaksin tambahan diklinik swasta atas kehendak peribadi. Terserah kerana itu hak masing-masing sebagai usaha melindungi diri.

Setiap orang ada pandangan dan pendapat masing-masing mengenai vaksin dan mengenai hal apa sekalipun. Ada orang pendapatnya boleh berubah bila mendengar nasihat dan pengalaman orang lain. Ada orang tetap berkeras dan teguh dengan pendapatnya sendiri. Itu hak yang mesti kita semua satu sama lain hormati. Sama ada pendirian atau pendapat yang betul atau kurang tepat, jangan terus dilawan atau disangkal. Dengarkan dan terimalah.

Sana sini. Di mana sahaja. Perbualan dan perbincangan hangat tentang vaksin diperkatakan. Tibul banyak kenyataan dan pendapat. Wujud banyak khabar yang mungkin fakta benar dijelaskan atau fakta benar disembunyikan. Tersebar juga video-vidoe dan rakaman suara yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan apa yang dipanggil vaksin. Banyak sangat. Bersimpang siur jadinya. Yang berani jadi takut. Yang yakin jadi goyah. Yang mahu jadi tidak mahu. Dan berlaku juga sebaliknya, berubah fikiran setelah mendengar penerangan atau penjelasan yang betul pada selayaknya.

Orang nak daftar dan terima vaksin atau sebaliknya, itu hak masing-masing. Jangan serabutkan kepala. Terimalah pendapat dan pilihan orang lain jangan jadikan sengketa dengan jiran, kawan-kawan, adik beradik dan terutama dengan ibu bapa kita. Cukup menasihati dan memberi pandangan dengan hikmah dan santai. Ya, semua orang ada hak bersuara, ada pandangan sendiri, betul pada kita tidak tentu boleh diterima orang. Sama juga, betul pada orang pun belum tentu benar pada kitakan. Nah. Begitulah.

Kalau kita terima satu-satu berita pun, kita tidak boleh terus kata itu tidak benar dan palsu. Kerana tidak semua perkara atau berita diwarwarkan juga, sehinggalah ianya menjadi parah. Dan kalau situasi itu senyap sahaja belum tentu juga tidak ada isu yang sedang berbangkit, kerana terkadang apa yang terjadi perlu dilindungi dan ada batasnya untuk sekadar mana boleh disebarkan. Satu sahaja ''KITA TIDAK BERADA DALAM SITUASI''.

Jangan Serabutkan Kepala Terima Dan Jangan Jadikan Sengketa
Gambar hiasan

Jangan jadikan sengketa. Vaksin adalah salah satu daripada banyaknya usaha lain untuk mencegah dan membentengi tubuh daripada virus. Kalau ada yang pilih untuk tidak menerima ok sahaja tapi jangan kecam yang mahu menerima vaksin. Kalau awak pilih untuk menerima vaksin, jangan kutuk orang lain yang tidak mahu menerima vaksin. Kurangkan tekanan pada diri sendiri dan orang lain. Tak comellah kerana nak vaksin, tak nak vaksin jadi bermasam muka satu dengan yang lain. Kalau budak-budak bila main yang tak ngam terus tak nak kawan, kita janganlah macam tu. Tak baik. Ingat, vaksin itu salah satu usaha. Segalanya sandarkan kepada Allah swt. Bismillah, minta Allah bimbing hati dan diri kita untuk membuat segala keputusan yang terbaik. Aamiin.

Bagi yang sudah mendaftar, sabar ya, ada rezeki inshaAllah tiba gilirannya nanti. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Jangan Serabutkan Kepala Terima Dan Jangan Jadikan Sengketa


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betul tu pc... stp berita kena nilai guna akal yg waras, jgn mudah melenting

    BalasPadam
  2. Setuju PC.. Shida pun sabar menunggu giliran :)

    BalasPadam
  3. Sepatutnya semua orang menyokong langkah vaksinasi ini

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama