Kad Raya Dan Pelita

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

KAD RAYA DAN PELITA. Kad raya diganti dengan sistem pesanan ringkas melalui media sosial dan teknologi. Pelita digantikan dengan lampu atau mentol LED. Rindu kad raya. Rindu pelita raya. Rindu banyak suasana yang kian terhapus dan mungkin nanti satu masa tiada semuanya. 

Dulu seminggu sebelum raya sibuk ikut Babah beli pelita, sumbu dengan minyak tanah. Habis-beli-habis-beli. Tapi biasanya babah beli banyak-banyak. Pacak kayu keliling rumah buat gantung pelita. Mana pelita yang rentong terbakar tu mungkin apinya besar sangat,  Babah ganti dengan pelita botol kaca yang Babah olah sendiri. Puas hati. Tugas PC awal pagi kutip,  petang isi minyak tanah dan susun pada tiang kayu yang dipacak. Yang hidupkan Babah. Bahagia dan nikmat sangat.

Begitu juga kisahnya kad raya. Biasa lebih awal belinya. Ada yang beli. Ada PC buat sendiri. Kikikiki. Maklumlah teruja. Buku lukisan tu PC buat kad raya. Satu kertas lukisan boleh dapat dua kad raya. Bila dah siap tak cukup baru beli. Kawan-kawan dekat bagi terus. Mana jauh Babah tolong poskan. Apa yang paling bahagia semua balas walau ada yang sampai kadnya dah raya seminggu. Apa adanya hal. Boleh je. 

Bukan sekarang langsung tidak ada pelita dan kad raya. Tipu,  masih ada cuma tidak semeriah dan sebanyak dulu. Sudah tidak ramai yang menghidupkannya. PC sendiri pun memanfaatkan teknologi melalui media sosial yang ada. Beginilah peredaran zaman.

Kad Raya Dan Pelita
Kad Raya Dan Pelita

Sekian
Tinta PC 
Kad Raya Dan Pelita

5 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. selamat hari raya aidil fitri. maaf zahir n batin... memang nostalgia bila dikenang sambutan raya masa kanak2 n remaja.....

    BalasPadam
  2. Lama2 akan jadi sejarah sahaja

    BalasPadam
  3. Tu la kan.. Sedih juga. Tapi inilah harga yang perlu dibayar atas nama kemajuan. Tak ada lagi kad raya dan tradisis memasang pelita.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama