Kesan Pada Setiap Kata-kata

KESAN PADA SETIAP KATA-KATAبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم .Assalammualaikum wbt. Jangan sembarangan meludah. Begitu juga bila berkata-kata. Ketika bercakap jangan sembarangan nak bercakap. Kata-kata itukan doa. Lagi diulang-ulang lagi bahaya. Kalau yang baik tak apalah. Kalau yang tidak baik takut makan diri sendiri nanti. Kalau dengan orang sekelialing yang rapat dan dekat sangat kena jaga kata-kata apatah lagi dengan orang yang baharu kenal atau kenal tapi tidak rapat. Kalau sudah akrab sekalipun tetap kena jaga juga jangan sesedap rasa sahaja. Orang pun ada perasaan. 

Awak tak suka kalau orang bercakap dengan kata-kata yang tidak baik pada awak, jadi awak pun jangan lontarkan kata-kata yang tidak baik pada orang lain. Bila Allah nak tunjuk dan sedarkan kita kadang sekelip mata sahaja sebenarnya. 

Hidup ini ada timbal balasnya sedar atau tidak sedar. Kesan pada setiap kata-kata. Mungkin cakap hari ini kesannya esok. Mungkin cakap hari ini kesannya setahun atau sepuluh tahun kemudian. Tak pelik pun. Kadang dah lupa pun apa yang dikata-kata tu tapi akibatnya tak pernah salah alamat dan sasaran. Justeru kadang kita sedar sendiri, bila sesuatu hal itu berlaku seperti pernah diperkatakan. Itu pun kalau sedarlah. Kalau tak sedar nak buat macam mana. 

Sebaiknya sedar awal bahawa apa yang terjadi adalah akibat daripada setiap kata-kata yang pernah dan telah kita ucapkan. Kalau rasa salah, minta maaf. Rasa bersalah, tapi malu nak minta maaf, taubat banyak-banyak. Sebab itulah sangat mahal satu kemaafan itu.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Kesan pada setiap kata-kata

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. kita kunci je la mulut sendiri...
    jangan byk sgt cakap yg bukan2...

    BalasPadam
  2. kalau nak orang berkata baik-baik pada kita, maka kita hendaklah mengeluarkan kata yang baik-baik..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama