Sampul Duit Raya Melayang-layang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SAMPUL DUIT RAYA MELAYANG-LAYANG. Bila Syawal,  mana-mana ada jual sampul duit raya. Macam-macamlah rekaannya. Lain ukuran lain harga. Kadang lain rekaan pun berbeza harga. Kreatif masing-masing. Bila tak raya sampul tu boleh guna untuk isi duit buat bagi tuan rumah masa salam keruk. Hehe. 

Ada orang hobinya kumpul sampul duit raya. Bertahun-tahun. Ada sentimental value katanya. Yalah orang ada hobi masing-masing dan ada pendapat yang tak sama juga. Ada orang memang simpan tapi tulah untuk tujuan kitar semula pada waktu yang sesuai. Tapi satu tabiat yang sering diperhatikan dan terjadi adalah sampul duit raya melayang-layang.

Sampul duit raya melayang-layang dihalaman rumahtangga,  tuan rumah senyum meleret sambil gelang kepala. Alah kan perkara biasa tu. Jangan pelik jangan risaulah, semua sampul tu dah kosong.. Kikikikiki.

Ada dapat terus simpan. Ada yang dapat,  tengok dulu baru simpan. Eh ada juga dapat, tengok lepas tu komplen baru simpan. Itu ok lagi.. ada yang dapat, tengok dan ambil terus guna, Sedangkan sampul koyak rabak depan pintu rumah tuan rumah. Hahaha. Itulah anak-anak. Budak-budak. Kadang mak ayah dah pesan molek dari rumah, tapi bila jumpa kawan-kawan eh lupa pulaknya segala pesanan dan nasihat.  

Indah bagaimana sekalipun sampul duit raya tiada ertinya. Melainkan isi di dalamnya yang sangat menjadi tumpuan.. Sebenarnya, setiap peringkat usia ada pola pemikiran dan visi misi berbeza-beza. Cuma untuk belajar menerima itu satu cabaran. 

Sekian
Tinta PC 
Sampul duit raya melayang-layang.

7 comments:

  1. tahun ni cuma bagi duit raya kpd anak2 jiran je krna x leh balik beraya di kg.

    P.S. Jom join GA yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.
    http://www.zukidin.com/2021/05/happy-birthday-giveaway-by-abam-kie.html

    ReplyDelete
  2. Hehehe kejadian sampul raya melayang-layang memang menggamit nostalgia. Dua tahun raya ni tak nampak sangat sampul melayang...

    ReplyDelete
  3. Sampul duit raya mmg kita suka kumpul.. Tp dh 2 thn sshbbtul nak dpt sampul yg menarik heheh

    ReplyDelete
  4. Kami kumpul letak dlm dashboard kereta, kalau nak g kenduri, kematian ke, memang senang nk bubuh duit bg kat orang. Kdg2 si suami duk tanya "eh takde sampul ke?". see.. mujur ada gak si bini ni ngutip sampul raya.

    ReplyDelete
  5. Kalau kita, kita simpan sampul duit raya hehehe.

    ReplyDelete
  6. sekarang bank in mengganti sampul raya! hehehe

    ReplyDelete
  7. Sha memang suka simpan semua sampul duit raya yang masih elok.. diguna semula pada raya seterusnya ataupun saat perlu menghulur pada kenduri/majlis..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.