Sebelum Apa-apa Hadam Dulu Baik-baik

SEBELUM APA-APA HADAM DULU BAIK-BAIKبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم .Assalammualaikum wbt. Tidak cuma makanan yang kita makan sahaja perlu dikunyah denga betul dan baik sebelum ditelan untuk membantu sistem pencernaan mudah berproses, setiap apa yang mahu kita lakukan, lisankan juga perlu di hadam baik-baik oleh akal dan hati.

Tidak dibulan Ramadan pun apatah lagi berada dibulan Ramadan kan. mesti lebih berganda membuat penilaiannya sebelum bertindak atau berkata-kata. Setiap orang boleh berbicara sama ada mengikut pandangan peribadi, atau bersadarkan fakta juga kemahiran ilmu yang dimiliki. Semua orang juga boleh bertindak juga. Tapi mesti hadam dulu baik-baik. Kalau sebagai pendengar, dengar juga dengan baik. Kalau nak komen pun komen jugalah dengan baik. Jika kita dipihak yang mahu berbicara atau bertindak, berbicaralah dan berlisanlah dengan matang dan wajar juga. Memang tidak dinafikan dalam tindakkan dan lisan adakala bercampur dengan emosi, kerana PC sendiri pun begitu ada masa tertentu.

Kita manusia biasa. Yang berasa betul tentu ada salahnya. Yang berasa salah itu akan selalu berusaha perbaiki diri. Apa pun yang kita ada hati-hati untuk dijadikan benteng atau pelindung diri terutama untuk menegakkan apa yang dirasakan benar bagi pihak diri sendiri. Sebelum menegaakan dan mempertahankan hadam dulu baik-baik. Sebelum mahu mengkritik pun mesti hadam baik-baik. Dan bila terima kritikkan juga ambil kemudian hadam baik-baik. Kita bukan sesiapa yang tidak boleh dikritik. Kita bukan sesiapa yang tidak boleh ditegur. Kita bukan sesiapa yang mahu disanjung dan dihormati sentiasa dengan apa yang Tuhan pinjamkan. Kita sentiasa memerlukan orang lain pada sesetengah hal dan pada waktu yang tertentu juga.

Terkadang kita melihat satu sudut benci, iri hati dan dendamnya orang pada kita namun tanpa disedari boleh jadi itulah juga diri kita yang sebenarnya terhadap orang lain juga. KITA SEMUA SELALU MEMERLUKAN ALLAH SWT. Ya saya khilaf atau ya barangkali saya khilaf dan saya minta maaf. Ada masanya tidak perlu berjela mempertahankan diri sebaliknya cukup akui khilaf kemudian meminta maaf kerana ianya meredam banyak perhatian dan pandangan orang terhadam kita.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Sebelum Apa-apa Hadam Dulu Baik-baik

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. setiapkesilapan berilah teguran dgn baik

    BalasPadam
  2. betul.... jgn la cepat melatah

    BalasPadam
  3. Nk tegur ni kena berhemah dan ckp baik2 barulah org boleh terima teguran dgn baik

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama