Header Ads

Takut Minta Didoakan Tapi Tetap Minta Didoakan Juga

TAKUT MINTA DIDOAKAN TAPI TETAP MINTA DIDOAKAN JUGAبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. PC yakin doa ada keistimewaannya yang tersendiri. Senjata hebat yang tidak terlihat wujudnya tapi selalu ada menuju pada sasaran yang sangat tepat. Kalaulah doa-doa yang diberi dan diterima itu boleh dilihat dengan mata kasar ke mana dan kepada siapa tujunya tentu kita sangat senang hati dan tidak berkira untuk mendoakan dan minta didoakan.

Takut minta didoakan. PC pernah ada pengalaman, PC minta orang doakan PC, PC diaibkan depan khalayak ramai. Daripada situ PC sedih sangat. Tapi lama-lama, PC sedar, tiada manusia sempurna bila-bila boleh buat khilaf dan untuk tenangkan hati serta fikiran PC, PC maafkan. Bukan nak tunjuk baik tapi nak buang rasa beban yang bersarang pada hati dan fikiran. Tak nak dendam. PC pun manusia biasa, ada rasa, ada marah, ada kecewa juga lebih-lebih lagi ketika itu banyak mata memandang dan telinga mendengar. Tak mengapalah. 

Ambil masa yang lama untuk ringan mulut minta didoakan kembali. Paranoid (curiga, takut, tidak percaya kepada orang lain). ini yang PC rasakan. Rasa waswas takut malu lagi, risau sedih lagi. Tapi lama kelamaan PC pertimbangkan dan fikirkan, tidak semua orang suka mengaibkan. Di dunia ini sangat ramai orang yang baik hati. Sangat ramai cuma rezeki kita bertemu dengan orang yang baik atau sebaliknya sahaja. Bertemu yang baik ramai atau yang kurang baik lebih ramai. Sekali terkena jadikan pengajaran. Kuatkan hati, kembali ringankan mulut minta didoskan tapi PC lebih memilih dan berpada-pada. 

Takut Minta Didoakan Tapi Tetap Minta Didoakan Juga
Gambar Hiasan

Dalam bayaknya usaha, kita tidak pernah tahu usaha mana yang berhasil. Dalam banyak-banyak doa  kita pun tidak pernah tahu doa yang mana dan daripada siapa yang akan Allah swt kebulkan terlebih dahulu. Jangan sombong dan yakin semua doa kita sendiri yang telah Allah swt terima dan kabulkan, boleh jadi doa kita belum ada satu pun yang Allah swt tunaikan sebaliknya doa daripada orang lain untuk kita yang Allah swt kabulkan terlebih dahulu walau orang itu pernah kita sakiti dengan paling kejam.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Takut Minta Didoakan Tapi Tetap Minta Didoakan Juga

logoblog

2 ulasan:

  1. Astagafirullah tak pernah ada pengalaman macam ini PC.
    Tak sangka ada orang macam tu ya.
    Abaikan sajalah tak perlu di ingat-ingat buat terbeban fikiran jer... Mrs. A pun tak suka berdendam selalunya malas nak fikir lama-lama kita akan lupa. InSyaAllah.

    BalasPadam
  2. betul tu PC.. dalam setiap doa yang dihulurkan kita tak akan pernah tahu mana yang diperkenankan Allah.. Semoga semua yang baik-baik sahaja.. Aamiin..
    Manusia ini pelbagai ragam jangan pernah mengalah dan tak salah pun mohon orang doakan kita..

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..