TANPA ALASAN KUKUH BLOGGER SUSAH MAHU BERHENTI BERKONGSI KONTEN. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم .Assalammualaikum wbt. Semangat dan minat yang sudah sebati. Walau cuma gambar tanpa kata. Walau sekadar sepatah perkataan sahaja. Walau cuma serangkap kata-kata pujangga indah. Kalau tidak ada apa-apa sekalipun yang dikongsikan pada blog sendiri tetap sahaja singgah ziarah ke blog sahabat blogger yang lain.
Ibarat ini dengan kuku. Aur dengan tebing. Irama dengan lagu. Barangkali inilah perumpamaan yang boleh membayangkan bagaimana seorang blogger dengan blognya. Semua dirintis daripada awal dengan cara, kisah dan tujuan masing-masing. PC yakin setiap blogger ada kisah masing-masing atas sebab atau alasan apa mahu menjadi seorang blogger yang boleh bertahan sehingga ke detik ini. Tidak mudah kerana sekarang sangat banayak kemajuan dan ramai orang beralih arah untuk mencuba sesuatu yang lebih baharu. Sudah tentu ada alasan tersendiri mengapa tetap memilih blog sebagai wahana menyampaikan dan berkongsi.
Minat dan semangat tidak cukup. Pada keseluruhan apa yang ada dan apa yang seseorang blogger capai dan kecapi tentu sekali semuanya atas izinNYA yang sentiasa membantu dengan caranya yang tersendiri. Ada yang Allah swt bantu dengan cara beri banyak peluang review apa pun itu, ada Allah swt beri dengan cara ikan yang dipasang pada halaman blog. Dan sebenarnya banyak cara lagi. Sesama blogger, orang luar dan sebagainya adalah perantara yang Allah swt permudahkan dan tunjukkan laluannya kepada kita. Syukur alhamdulillah.
Tanpa alasan kukuh blogger susah mahhu berhenti berkongsi konten. Susah nak berhenti menulis. Justeru tidak hairan kalau laptop mula rosak, dengan telefon pun kayuh juga menaip. Bila wifi bermasalah mula murung berhari-hari. Bila keluar kawasan yang sukar untuk akses sebarang kemudahan boleh hilang selera makan. Sehinggakan terkadang seorang blogger sanggup menyediakan sebanyak yang mampu konten kemudian set sebagai auto publish. Minat, semangat, rezeki idea yang Tuhan beri ianya nikmat. Namun terkadang bila Allah uji dengan gangguan kesihatan, sedikit kesibukkan, atau sebarang masalah, urusan dan sebagainya ianya menjadi sebab blogger akur meninggalakn seketika blognya. Walau hati dan jiwa melonjak dan meronta-ronta mahu seperti biasa.
Dapat berkongsi sesuatu itu satu kepuasan dan kegembiraan. Salah satu nikmat kebahagiaan bagi seorang blogger. Selebihnya itu bonus daripadaNYA. Pada PC, Allah hadiahkan sahabat blogger yang sentiasa menyokong itu nikmat sangat-sangat-sangat tau. Terima kasih Allah.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Tanpa Alasan Kukuh Blogger Susah Mahu Berhenti Berkongsi Konten
Tags:
Santai
betul tu Kak PC, kalau tak update blog pun akan cuba baca blog rakan blogger yang lain =)
BalasPadamSinggah sini
BalasPadamblogger yg saling kunjung ziarah mengikat jalenan ukhuwah mesra
BalasPadambetul kan, actually blogging ni best !
BalasPadamSetuju sangat dengan content PC yang ini ;-)
BalasPadamSha bersetuju sangat dengan content PC pada entry ini tambahan part "Bila wifi bermasalah mula murung berhari-hari."
BalasPadamblogging is best
BalasPadam