بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
YANG BAHARU AKAN MENJADI LAMA DAN BURUK . Apa pun itu ada nilai tambah dan ada juga nilai kurangnya. Baik itu barang-barang atau harta benda termasuklah kita manusia. Semakin lama semakin tua. Semakin kurang berdaya. Semakin banyak keterbatasan dalam melakukan sesuatu hal.
Sesuatu hal itu tidak selamanya berada di situ. Tidak juga nilainya tidak ada kadar yang berkurang, seiringnya waktu air laut pun ada pasang dan surutnya. Alam ini pun ada hujan dan panasnya. Lumrah alam yang telah Allah SWT atur dengan paling cantik.
Kalau ketika ini berasa gembira dengan suatu nikmat, tidak selamnya ianya menjadi nikmat dan bertahan. Boleh jadi awalnya nikmat hujungnya ujian. Begitu juga suatu hal atau perkara yang baharu, lama-lama menjadi lama dan buruk juga.
Dalam banyak hal atau benda buruk, seburuk-buruknya Al Quran jangan diremehkan. jangan dibuang sesukanya hati kerana ada caranya yang khas untuk melupuskan Al Quran lama yang telah rosak. Dan lagi satu, sering kita dengarkan ibu ayah kita ibarat Al Quran buruk, nah taukan bagaimana pengertiannya. Justeru itu berhati-hatilah. Yang baharu akan menjadi lama dan buruk namun yang lama dan buruk itu tidak semuanya boleh diabai dan disingkirkan. Belum tentu yang baharu itu mampu bertahan sehingga menjadi lama dan buruk.
Sekian
Tinta PC.
Yang Baharu Akan Menjadi Lama Dan Buruk
Tags:
Santai
Good sharing PC.. tiada yang lama, tak ada lah yang baru..
BalasPadamManusia pun 'memburuk' juga...
BalasPadamAl Quran walaupun buruk tdk pernah luput...
BalasPadam