Header Ads

Ber'tamu'lah Dengan Adab

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BER'TAMU'LAH DENGAN ADAB. Berziarah itu bagus. Bertanya khabar, menjengok sesekali itu sangat wajar dan boleh-boleh sahaja. Mengapa tidak. Niat kerana Allah. Eratkan silaturahimkan sesama kita. Masih ada yang gemar berziarah setiap masa bila ada kelapangan. Ada juga yang lebih suka berziarah cuma nanti bila ada majlis tertentu atau tunggu hari raya. Yelah, cara orang masing-masing. Asalakan berpada-padalah.

Perlukah berpada-pada ketika berziarah ke rumah orang. Sangat perlu kalau pada pandangan PC. Ber'tamu'lah dengan adab. Kerana adab itu adalah salah satu cabang yang termasuk dalam akhlak. Penting ke?. Tentulah penting. Seakrab mana pun hubungan kita dengan keluarga atau saudara mara juga kawan-kawan jangan sampai adab  serta akhlak dibuang entah ke mana-mana. Tetap sahaja perlu jaga tingkahlaku dan kata-kata ketik datang ke rumah orang. jangan kita kita orang gembira tapi bila kita dah balik tuan rumah jadi sedih dan kecewa serta sakit hati. kan tak baik macam tu.

Bila datang rumah orang paling utama mulut kena jaga. Ketika berlisan. Datang rumah orang jadi tetamu yang paling baik dan sopan. jangan jadi juri atau penilai segenap sudut. Tak minta pun beri markah. Tak suruh pun buat penilaian kan maka sila hati-hati bab ini. Tak semua namun ada segelintirnya ada sikap seperti juri yang sedang memberi markah. Tidak kurang juga yang menjadi hakim membawa sepasukan anak guamnya. Fuh, mencabar kesabaran sungguh kan kalau dapat tetamu macam ni. PC tuan rumah , dan PC juga tetamu. Macam tu juga sahabat-sahabat blogger PC. Kita sama-sama tuan rumah dan ada masanya kita pun jadi tetamu.

Rumah orang itu rumah orang jangan diperlakukan seperti rumah sendiri. Rumah kita sendiri pun ada peraturannyakan apatah lagi rumah orang. Jangan buat tuan rumah seperti pesalah yang mahu dijatuhi hukuman. Sedangakan kita tetamu berada dalam rumah dia ni. Mesti sedar diri. Ber'tamu'lah dengan adab. Supaya orang berlapang dada menerima kehadiran kita pada masa-masa akan datang.

Sekian
Tinta PC
Ber'tamu'lah Dengan Adab 

5 comments:

  1. Betul tu PC.. namun ramai yang hilang adab bila bertamu ke rumah orang.. Yang tua mahupun muda.. datang tak kira masa.. duduk selama-lamanya..

    ReplyDelete
  2. sebab tu ustaz2 berpesan bila ziarah rumah orang kena jadi buta, dan keluar kena jadi bisu.

    ReplyDelete
  3. betul tu... rumah adik beradik sendiri pun kita segan nak memandai mandai... tap adik beradik lelakilah...sebab dapur adik ipar punya..kita segan nak memandai. Kalau adik veradik perempuan, kita larung aje dapur dia...hahaha

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..