Eh Tiba-tiba Ada Mercun Mengigau

EH TIBA-TIBA ADA MERCUN MENGIGAUبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Ingatkan orang je mengigau. Bila ada anak bulu ada juga la banyak kali tengok anak bulu mengigau. Terbahak-bahak la juga kami ketawa. Lucu. Tengok anak bulu ngences pun dah. Itu belum lagi yang ngompol (kencing masa tidur). Tapi ni yang terkini mercun pun mengigau. Rasanya macam dah habis Syawal ni tapi ada sekali dua dengar bunyi mercun. Mercun mengigau barangkali.

Mengigaunya tak setiap malam, selang seli malam. Ada jarak jugalah. Hehehe. Ke habiskan stok yang sedia ada. Mana tahu kan..kan. Malam sepi tiba-tiba bunyi mercun meloncat jugalah punggung. Terkedu jugalah anak bulu yang tengah kunyah keropok mereka tu. Ke stress sebab PKP sambung, tapi PKP tidak seperti PKP tahun sudah pun sebenarnya.

Beginilah kehidupan kita. Adakala tenang. Ada masa bergelora juga. Bila tenang mungkin dianggap tidak berbahaya namun bila meledak boleh mencederakan dan menyakiti orang lain apatah lagi diri sendirikan. Banyak perkara luar jangkaan kita. Bila jangka begini, lain jadinya. Bila harapkan begitu tidak menjadi pula. Nampak tak. 

Berpijak dibumi yang nyata. Mengigau berada dikeadaan separa sedar. Mamai. Macam masih berada diawang-awangan. Sedar dan tidak sedar. 50-50 barangkali ya. Tapi dalam hakikat hidup kita tidak boleh begitu dalam buat banyak perkara. jangan samakan mengigau dengan tidak sengaja. Jauh beza ok. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Eh Tiba-tiba Ada Mercun Mengigau 

4 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Kadang2 memang ada bunyi mercun
    Orang halau monyet dan babi hutan time musim buah ni.

    BalasPadam
  2. Sama macam kat area rumah Kak Sue nie PC, kadang ada jugak bunyi mercun.. mamai jugak kut.. hehehe..

    BalasPadam
  3. kadang tidur lena sangat sampai terlupa nk mimpi

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama