Header Ads

Kanak-kanak Bawa Ke Tua Takut Angsa

KANAK-KANAK BAWA KE TUA TAKUT ANGSAبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Parah. Memang parah. Benarlah pengalaman itu sangat memberi kesan dalam perjalanan hidup kita. Menjadi guru terbaik dan ada banyak penajaran juga amaran dalamnya. Setiap hal yang terjadi memberi kesan mendalam pada diri kita. pada emosi dan mental. Sungguh. Setiap orang ada sesuatu yang ditakuti. Ada fobia masing-masing akan suatu hal. Tidak terlepas PC pun. banyak perkara PC takut. Salah satunya angsa. Tapi sekarang macam dah kurang orang bla angsa. Itik. Mungkin ada yang menternak cuma PC yang tidak tahu. Zaman PC kecik-kecik, boleh dikatakan ramai jiran-jiran PC yang rajin pelihara itik dan angsa bebanding ayam.

Pengalaman pertama

Zaman PC kecik-kecik tapi dah sekolah rendah. Lebih kurang umur tujuh hingga sembilan tahun macam tulah. Biasalah dulu setiap kali hari raya mesti ada kumpulan beraya bersama kawan-kawan. Dulu raya mesti jatuh waktu cuti sekolah. Jadi nikmatnya lebih berganda. Pergi beraya tak sibuk nak fikir sekolah. Kerja sekolah dan sebagainya. Kalau kawan-kawan ajak beraya babah mama izinkan cuma jangan sampai pergi kampung lain, cukup jiran-jiran sekampung sendiri je. Sebelum jam dua belas tengahari mesti dah balik dan ada kat rumah. Kalau nak sambung petang lepas asar dan sebelum jam enam dah balik. 

Memang dah tahu rumah jiran ni ada angsa banyak. Dan kami pergi memang waktu raya SAHAJA. Tahun sebelumnya kami semua kena juga bila baru beri salam semua dikejar angsa bertempiaranlah kami. Kami boikot rumah ni dan rumah jiran ada angsa. Tahun seterusnya, ada angsanya tapi angsanya dalam kurungan khas. Nampak orang memang bising tapi taklah dia mengejar menyudu nak mencubit.  Harap panas sampai petang, eh tengahari hujan pulak.  Tapi kali ni nasib kami kurang baik dan PC pulak yang terkena. Toleh kanan toleh kiri memang yakin semua angsa tak ada. Aman. Sama-sama bersemangat kami bagi salam ke tuan rumah. Kawan-kawan PC semua dah naik masuk dalam rumah, dah duduk pun. Ada yang dah makan kuih. PC orang terakhir. Masih di luar rumah, baru tanggalkan sebelah kasut, baru nak pijak anak tangga pertama..weekkk..weekkk..weekkk.. tiga empat ekor angsa meluru lari ke arah PC dengan laju. Ya Allah. PC dengan masih berkasut sebelah kaki. Meloncat tak lepas tapi tergolek atas batu sebab kaki terbelit kat kain yang PC pakai. Tersembam muka atas tanah. Berdas-das kena cubit dengan angsa dewasa pulak tu. Deman sakit. Demam terkejut. Cuti terus tak ikut kawan-kawan beraya.

Pengalaman kedua.

Balik sekolah. Dah sekolah menengah. Dah boleh bawa motor sampai hujung kampung je. Sebelum tu kayuh basikal juga. Tumpang rumah orang motor PC dan kawan-kawan. Rumah uncle berbangsa Cina ni memang ada pelihara itik, angsa, ayam lagi satu anjing. Uncle dengan isteri dan mak dia memang baik. Tolong tengok-tengokkan moto dan basikal kami. In shaa Allah selamat. Mereka pembersih dan prihatin. Tapi satu masalah besar yang PC dan kawan-kawan hari-hari hadapi adalah jantung yang sentiasa nak luruh bila letak dan ambil motor atau basikal bila pergi dan balik sekolah. Kalau anjing memang sentiasa dirantai dan dikandang khas. Tak lepas. Tapi angsanya banyak dilepas berbanding dimasukkan dalam reban oiiii. Hujan lebat, tergesa-gesalah PC sorong motor sebelum naik motor dan hidupkan enjin. Sekarang semua mudah, motor ada starter kat tangan, dulu semua starter guna kaki oii. harap maklum bila pakai baju sekolah. Baju kurung. Nak naik motor. Nak starter motor. kalau nasib baik sekali start motor terus hidup. Nasib sedang baik, sekali dua start baru hidup. kalau nasib kurang baik ko start sampai keluar api kat hidung dengan telinga pun tak mahu dia hidup.

Tiba-tiba

Dalam hujan lebat tu, tengah bersemangat start motor tu, fikir nak cepat sampai rumah dengan perut lapar tiba-tiba banyak ekor angsa keluar dari bawah rumah meluru serang PC. Agaknya baru bangun tidur ke macam mana pun PC tak pastilah. Serangan bertubi-tubi. Mengerikan sungguh. Tak bertolak ansur sungguh. Cubitan bukan biasa-biasa. Ya Allah. Bersemangat angsa-angsa tu dengan lehernya yang panjang cubit PC. Siap ada yang terbang naik atas motor lagi. Menjeritlah PC sekali dengan menangis kesakitan. Tak adanya dah malu ke apa ke. Sakit dan takut punya pasal. Macam hilang nyawa dibuatnya. Bersyukurnya dah balik sekolah bukan waktu pagi nak pergi sekolah. Kalau tak ada juga yang tak pergi sekolah sebab kesakitan.

Kanak-kanak Bawa Ke Tua  Takut Angsa
Gambar Hiasan

Sampai sekarang PC takut dengan angsa. Bila balik kampung, lalu dua rumah ni  boleh terbayang semua semula dengan jelas. Sangat jelas. Dan dua rumah ini masih lagi ada angsa sampai sekarang. Hui ngeri.

Sekian
Tinta perdu Cinta ❤
Kanak-kanak Bawa Ke Tua  Takut Angsa



logoblog

9 ulasan:

  1. Angsa ni kalau mencubit sakit juga.
    Wak pernah bela angsa dulu.
    Angsa ni hanya mengejar orang yang dia tak kenal aje.

    BalasPadam
  2. PC..shida ni jangan kata angsa, itik, ayam, kucing pun shida takut ^_^

    BalasPadam
  3. Teringat zaman kecik2 dulu kena ligan dengan angsa . Siap tarik kain lagi. Tapi tak ada fobia sampai ke besar . Cuma kalau jumpa angsa elakkan je

    BalasPadam
  4. Haha sama dl kecil2 pernh kena sudu ngan angsa jiran kt kg.. Mmg fobia dgr bunyi dia dr jauh tu 😅

    BalasPadam
  5. pengalaman ngeri tu mmg jadikan trauma.

    BalasPadam
  6. Angsa memang menakutkan even though saya tak pernah ada pengalaman kena kejar. Dahla besar pastu kalau kejar orang suka bawak geng. Huhu

    BalasPadam
  7. Tak takut angsa sangat tp zaman kecik ada pengalaman hitam cabut gigi sampai skrg takut dentist huhhu

    BalasPadam
  8. Samaaaa kak PC, saya pun pernah kena kejar dengan angsa abang saya bela. Kalau dia lepaskan angsa dia, sanggup saya tak keluar rumah huhuhu

    BalasPadam
  9. seronoknya baca kisah memori akak...saya teringin nak bela angsa, tengok macam manja...walaupn dulu selalu angsa nenek garang suka kejar saya hehhehehe

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..