Header Ads

Keselamatan Semua Dunia Dan Akhirat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

KESELAMATAN SEMUA DUNIA DAN AKHIRAT. Alhamdulillah. Jumaat pertama dibulan Jun. Masih lagi berada dalam bulan Syawal kita semua. 23 Syawal 1442H. Hujung-hujung Syawal tentunya masih ada yang mengambil kesempatan untuk berziarah walau cuma dekat-dekat. Walau masih ada had. Paling tidak hadkan pada diri sendiri masing-masing.

Tidak ada yang mahu sesuatu yang kurang baik berlaku atau menimpa baik pada diri sendiri malahan kepada orang lain jugakan. Semua mahukan berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja namun siapalah kita. Tidak boleh kita berasa sudah cukup sabar hinggalah menghadapi segenap ujian Allah SWT dengan sehabis baik, sabar dan tenang.

Keselamatan Semua Dunia Dan Akhirat
Keselamatan Semua Dunia Dan Akhirat

Segenap hal atau urusan boleh masuk dalam doa-doa kita. Mengapa tidak. Kerana sekarang kita hidup di dunia makan berdoalah minta dipermudahkan urusan di dunia dan dalam masa yang sama berdoa juga Allah rahmati kita di akhirat kelak. Untuk kehidupan akan datang minta sekarang kerana nanti bila dan kembali kepadanya sudah tidak ada apa yang dipanggil doa. Semuanya hanya tinggal menerima akibat perbuatan di dunia sahaja ketika itu.

Sementara ada kesempatan, doa minta sungguh-sungguh. jangan minta untuk diri sendiri sahaja. Minta untuk semua. Hadiah dan sedekah doa yang baik-baik tak rugi.

Sekian
Tinta PC
Keselamatan Semua Dunia Dan Akhirat



logoblog

5 ulasan:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..