Header Ads

Sebenarnya Aku Tidak Punya Apa-apa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SEBENARNYA AKU TIDAK PUNYA APA-APA

Dingin
Hujan masih tetap turun
Bersemangat membasahi muka bumi ini
Mewah kasih sayang Allah SWT
Seolah tidak memberi mentari mencelah sedikit pun
Barangkali ini desis sang hujan
"Aku sedang bertugas"
"Aku sungguh-sungguh melunas tugasku"
Nikmati sahaja wahai penghuni di bumi

Dikala dingin 
Banyak memori datang dan sangat mendekat
Rapat dan sangat jelas satu persatu
Seperti sedang duduk dihadapan satu layar
Tidak lebar tapi cukup jelas semuanya
Episod yang terpapar bersilih ganti
Semua

Allahu
Boleh tersenyum tanpa sengaja
Boleh mengalir air mata dengan sendirinya juga
Hakikat
Sebenarnya aku tidak punya apa-apa
Apa
Semua
Ya semua
Kerana semua DIA yang punya
MAHA PEMILIK itu DIA

Kehilangan
Satu titik yang buat aku terkedu
Paling aku takuti
Kadang rasa gerun hingga tidak mahu membayangkan
Tapi semua hakikat
Semua syarat atas apa yang dipinjamkan
PINJAM SEKETIKA
Untuk dinikmati
Untuk diuji
Untuk diambil kembali nanti
Bersedia atau sebaliknya tetap akan terjadi
Yakin Tuhan tidak sesekali menzalimi

Sebenarnya Aku Tidak Punya Apa-apa
Kerana
Semua yang aku punya adalah milik DIA selamanya
Ini yang selalu aku terlupa
Ya lupa dan seperti buat-buat lupa
Allahu

Tiada seinci dan sezarah pun yang aku punya
Namun terkadang itu yang buat aku berasa bangga
Adakala itu yang buat aku besar kepala
Ada masa itu yang buat aku mendabik dada
Ada detiknya buat aku macam tahu semuanya

Aku cuma tanah bernyawa
Yang nanti bakal lebur dan menyatu semula
Namun sukar untuk aku kikis banyak rasa yang gelita
Mahu menggantikan menjadi sejernihnya rasa

Tuhan
Bantu untuk aku menjadi sebenarnya hamba
Rendah jiwa
Tunduk akal 
Hambar rasa tebal cinta dunia
Besarkan nafsuku untuk mengenal-MU
Mendekati-MU
Mencintai-MU
Lebih dari segala tanpa alasan

Sekian
Tinta PC
Sebenarnya Aku Tidak Punya Apa-apa

logoblog

3 ulasan:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..