Walaupun Boleh Memilih Tetap Juga Termakan Umpan

WALAUPUN BOLEH MEMILIH TETAP JUGA TERMAKAN UMPANبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Bila jumpa nelayan, tanya mereka apa yang membuatkan mereka sangat gembira balik daripada laut. Tentu sekali dapat balik dengan selamat dan membawa banyak hasil tangkapan. Untuk dijadikan lauk sendiri dan untuk dijadikan pendapatan juga. Walau cuma mancing tepi parit depan rumah pun, rasa gembira bila ada yang makan umpan dihujung mata kail kita. Rezeki juga tu. Ikan boleh sahaja memilih untuk tidak makan umpan kita, tapi Allah mahukan dia makan supaya menjadi rezeki dan nikmat kepada kita. 

Macam tu jugalah dengan kita ni. Walaupun boleh memilih tetap juga termakan umpan. Kalau haiwan ada otak yang tidak berakal tapi tetap boleh faham dengan caranya tersendiri kerana tetap sahaja ada naluri, mengapa kita terkadang terbabas juga sedangakn ada otak dan akal. Termenung juga PC memikirkannya. Allahu. Kadang bila sedar, baharulah timbul penyesalan dan berasa sia-sia aku buat padahal tak sepatutnya aku lakuakn. Pernah tak rasa macam tu. ke PC saja yang bergini. Ah. Mulut sebut syurga, hati serakah bernafsu. Cis.

Daalm banyak hal dan agenda, kita cuba untuk mengelak dan meminggirkan diri namun kadang ada juga yang menarik hinggakan kitatertarik dan terjebak. Terjebak untuk ambil tahu dan termakan umpan untuk memberi pandangan juga komen yang kadang pedas jugalah. Macam jaga tepi kain orang lain gayanya. Sedangkan tidak tahu punca juga bagaimana. Tapi, itulah kita manusia, rasa ingin tahu sangat tinggi dan tebal dalam diri.

Kita boleh usaha mengelak, tapi sukar untuk halang orang supaya tidak melakukan. Kita boleh berhenti tapi sukat untuk menyuruh orang lain tamatkan. Nampak tak. Jadijangan hairanlah walaupun boleh memilih tetap juga termakan umpan.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Walaupun Boleh Memilih Tetap Juga Termakan Umpan

3 comments:

  1. setuju dgn entri pc..kdg2 kita punya pilihan tp sebegitu lah..lumrah manusia.

    ReplyDelete
  2. Ada aje umpan yang bermanfaat.
    Kena bijak memilih dan menilai umpan

    ReplyDelete
  3. Kita punya pilihan tetapi tergoda jua dengan umpan kan...

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.