Yang Selalu Menjaga Itu DIA

YANG SELALU MENJAGA ITU DIAبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Betul. Walau kadang diri sendiri berasa semua atas mampunya diri melakukan, disebalik semuanya adalah dengan adanya DIA yang sentiasa membantu dan MAHA PEMURAH  lagi MAHA MENGASIHANI. Sentiasa ada dan siaga. Selalu memerhati tidak pernah berhenti dan putus. Cuma kadang manusia yang lupa dirinya sedang diperhati.

Jasad beroh. Fizikal dan akal yang sihat dan waras. Kemampuan melakukan itu dan ini. Semuanya perantara sahaja. Sedangkan atas mahu dan izin DIA juga. Cuma pada setiap apa yang kita lakukan itu ada nilat tambah dan tolaknya untuk kegunaan di akhirat kelak. Justeru awal-awal lagi kita dimaklumkan ada baik dan tidak baik. Ada pahala ada dosa. Ada syurga ada neraka.

Yang selalu menjaga itu DIA. Ya, Allah swt selalu jaga kita lebih-lebih lagi aib kita. Jangan fikir bila salah kita atau kurang kita orang lain tak tahu itu bererti kita hebat simpan rahsia atau sembunyikan segala aib, sebenarnya Allah swt yang tolong tutup aib kita. DIA yang selindung semua itu dengan kasih sayangNYA yang tidak ternilai. kalau DIA boleh tutup dan jaga aib kita tidak mustahil DIA juga boleh lakukan sebaliknya. Lagi satu, kalau Allah swt sendiri pun sentiasa jaga aib hambanya jadi kita ni janganlah sengaja buka aib sendiri atas alasan ''aku jujur dengan apa seadanya''. Dalam agama pun sangat melarang kita membuka aib diri sendiri apatah lagiaib orang lain. Banyak perkara boleh dilakukan dengan sangat jujur. Sila matang.

Hidup sentiasa berdampingan, memerlukan dan saling menjaga satu dengan yang lain. Betul. Dalam itu semua di bawahnya yang sentiasa menjadi itu di atas. kau jaga aku, tapi DIA jaga kita. Mudahkan. Sangat mudah kerana hujungnya dan akhirnya kembali kepadaNYA juga.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Yang Selalu Menjaga Itu DIA



5 comments:

  1. Semoga kita sentiasa di dalam lindungan-Nya

    ReplyDelete
  2. betul PC, apa yang terjadi semua kehendak dan kerena dia..Moga kita semua dalam lindungan nya.

    ReplyDelete
  3. kita mengharap perlindugan n kasih syg DIA semata

    ReplyDelete
  4. W'salam PC..
    Mengharap sesama manusia adakalanya mengecewakan. Sentiasa mengharap kepada Allah yang maha berkuasa atas yang lain.. Semoga kita dirahmatiNya selalu.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah moga kita semua dalam jagaan Allah SWT setiap masa dan ketika .. Sentiasa dalam rahmat dan redhaNya selalu. InsyaAllah..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.