Header Ads

Beringat-ingat Ya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BERINGAT-INGAT YA

Kata-kata ibu bapa itu doa
Walau cuma satu patah perkataan sahaja

Nasihat  pendidik itu garis panduan
Ada ilmu dan pengalaman 

Sekali silap itu ingatan
Jangan diulang-ulang melakukan

Beringat-ingat ya
Ada masa hujan sentiasa
Ada ketika panas selalu

Bulan itu malam
Matahari itu siang
Ya tetap memancarkan sinar
Namun ada perbezaan

Pelangi disiang hari
Berbanding gerhana 
Berlaku pada bulan dan matahari

Dalam kelangsungan hidup yang dijalani
Ada yang berliku 
Ada yang turun naik
Ada yang lancar
Ada yang mewah dugaan

Beringat-ingat ya
Kita baharu melepasi dua alam
Alam rahim ibu
Alam dunia
Akan ada alam lain yang bakal kita huni

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Beringat-ingat Ya



logoblog

1 ulasan:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..