Header Ads

Berlebihan Menghapus Nikmat

BERLEBIHAN MENGHAPUS NIKMATبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Berlebihan bakal menghapus nikmat. Berhentilah makan sebelum berasa benar-benar kenyang dan mulakan makan bukan ketika benar-benar lapar.Nanti di situlah nikmatnya dirasai. Hidup bukan hanya untuk makan tapi makanlah sekadarnya untuk meneruskan hidup.

Pedas itu nikmat. Manis juga nikmat. Terlalu pedas atau terlalu manisnya mungkin juga bila keterlaluan pada rasa yang diberikan terhapus semua nikmat hingga terbit pula musibah.

Memberi itu nikmat. Ada satu rasa yang sukar dijelaskan satu persatu. Namun bila apa yang diberi itu terlalu diwarwarkan akan hambar hingga hilang rasa nikmat memberi itu. 

telah banyak sebenarnya nikmat yang dahulu kita kecapi telah Tuhan ambil semula satu per satu. Sedikt demi sedikit. Cuma barangkali kita yang tidak sedar sahaja. Tapi percayalah telah ada yang DIA ambil semula. Darpada sekecil nikmat hinggalah sebesar nikmat. 

Alhamdulillah, nikmat rasanya masih berpelung mendengar takbir raya. Sayup-sayup. Dengar dimedia sosial pun sudah rasa bahagia walaupun bahagianya tidak sepenuh jiwa. Lebih bahagia bila dapat berada disamping keluarga semua. Allahu. tak apalah. Ini rezeki waktu ini.  Kalau ada rasa yang tidak selesa atau terbuku dihati pun cukup untuk Tuhan yang mengerti kerana tidak semua yang kita kata dan luahkan boleh semudahnya diterimakan.

Islam mengajar kita bersederhana. Cara itu ada, maka pilihlah ia.

Sekian. 
Tinta Perdu Cinta ❤
Berlebihan Menghapus Nikmat

logoblog

3 ulasan:

  1. Biarlah kita berlebihan dalam beramal
    Salam aidiladha 1442H

    BalasPadam
  2. RASAI NIKMAT BERLEBIHAN BERIBADAT SALAM AIDILADHA PC N FAMILI

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..