SABAR ITU AKHLAK MULIA TAPI KALAU TIDAK KENA TEMPAT MEMBINASA

SABAR ITU AKHLAK MULIA TAPI KALAU TIDAK KENA TEMPAT MEMBINASA |  بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Siapa yang tidak mahu ada sifat sabar yang sangat tinggi dan tebal dihatinya. Kalau ditanya kepada PC sendiri, jujur PC nak sangat ada rasa sabar yang paling terbaik dan berkualiti dalam diri ini. Sabar dalam segenap sudut. Cemburu dengan akhlak Rasulullah saw yang sangat-sangat penyabar. Sangat-sangat rendah hatinya. Sentiasa positif walau dengan musuh sendiri. Walau hujung pedang yang tajam sudah benar-benar menghampiri leher baginda. Tetap sabar dan menyantuni setiap musuhnya sebaik mungkin. Allahu.

Bila ditimpa musibah, sabarlah. Apa sahaja perkara yang kurang baik, sama ada kita atau orang lain sedang hadapi dan terima, satu kata yang tidak pernah lupa untuk dikatakan dan dijadikan pesanan adalah ''sabar'' selain berdoa dan tawakkal. Pesanan ini ringkas dan ringan tapi berat untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja. Kadang-kadang lisan masih boleh dikawal atau ditahan-tahan tapi tidak hati yang kadang tidak terkawal bicaranya. Tidak hairanlah mengapa menjadi penilaian Allah swt itu tidak paras rupa yang utama tapi hati setiap hamba-hambaNYA. Hati-hati dengan bicaranya hati.

Sabar itu akhlak. Memang benar. Sangat benar. Salah satu akhlak yang mulia. Namun begitu sabar itu kena tempatnya jika tidak ianya membinasa. Ada ke sabar yang membinasa. Selalu kalau sebut sabar mesti baik dan positifkan. Ada ke lantaran sabar itu sebaliknya membawa musibah dan membinasa. Bukan membinasa diri sendiri malah orang lain juga. Sabar tidak kena pada tempatnya itu berbahaya. Betul.

SABAR ITU AKHLAK MULIA TAPI KALAU TIDAK KENA TEMPAT MEMBINASA

Dengar jiran riuh rendah tidak seperti kebiasaannya tapi tetap tidak mahu ambil tahu dengan alasan sabar, itu tidak betul. Nampak ada api di kebun menyala menjulang-julang tengahari terik sabar tidak mahu hubungi pihak bomba atau pemilik kebun, itu salah. Nampak depan mata ada orang kena ragut, jerit-jerit orang itu minta pertolongan, kononnya sabar biar ada orang lain yang bantu atau tidak mahu campuri urusan orang, itu macam kejam pulak rasanya. Nampak tak.

Jangan gunakan istilah sabar untuk nampak ''bersih''. Takutnya nanti berbalik pada diri sendiri. Bertindaklah pada saat dan tempat yang betul sewajarnya ya. Lagi satu, sesiapa pun berhati-hati dengan orang yang sabar atau penyabar ni. Mereka ni bahaya. Bahayanya bila mereka mula bertindak. Bila mereka mula bersuara. Ya, bahaya. Kadang tak tahan telinga mendengar. Tak sanggup hati menahan rasa. Sebab itulah pc kata bahaya. Sekali meletop, memang meletopnya tu sungguh-sungguh. SABAR ITU AKHLAK MULIA TAPI KALAU TIDAK KENA TEMPAT MEMBINASA. Hakikatnya begitu.

Sekian.

NOTA PC  : kemampuan bersabar terkadang menipis


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama