Lakukan Ketika Malas Itu Hebat

LAKUKAN KETIKA MALAS ITU HEBATبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Malasnya la. Rasa malas ni bukan dibuat-buat. Bila rasa malas datang memang tak boleh bawa bincang. Nak lawan kena betul-betul lawan dengan semangat itu pun selalu tewas. Terbabas juga. Penangan rasa malas ni boleh bawa kerugian dan kebinasaan. 

Bila ada rasa malas tapi tetap boleh bangkit dan terus melakukan seperti apa yang harus dilakukan  itu hebat dan positif sangat-sangat. Ada rasa malas itu manusiawi kerana badan kita juga pandai letih dan minta rehat juga. Memang patutlah. Namun begitu bila rasa malas itu berlanjutan dan keterlaluan itu berbahaya dan ada yang tidak kena.

Bagi PC,  bila sesiapapun boleh lakukan apa pun dalam keadaan malas menguasai diri dia hebat. Terutama ketika beribadah. Ada rasa malas nak solat tapi paksa diri tunai dan dirikan solat itu hebat. Malas nak pergi majlis ilmu atau undangan tapi dalam keadaan malas pergi juga itu pun hebat juga. Malas disebabkan tubuh yang letih. Malas kerana hasutan dan bisikan. Bila sesiapa sahaja boleh menembusi gelombang ini dengan syarat ianya bertujuan baik kerana Allah SWT, maka hebatlah semangatnya. Namun walaupun mungkin malas ini satu rasa yang condongnya kepada aura negatif, tetap sahaja ada sudut positifnya. Aamiin. Selamat berhujung minggu semua sahabat blogger.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Lakukan Ketika Malas Itu Hebat
PeRdU cINta

Blog Perdu Cinta menterjemahkan rasa dan sedikit pengalaman dalam bentuk artikel yang dekembangkan dalam pelbagai bentuk dan jenis. twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Kalau malas shopink boleh menjimatkan

    BalasPadam
  2. kagum juga org yg sebegitu PC hehee..
    wak..shopping xmalas..rajin hahahaa ^_^

    BalasPadam
  3. Kak Sue pun ada juga datang serangan malas nie.. layankan kejap. Nanti bila dah hilang malas tu memang sakan lah pulak merajinkan diri.. hehehe..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama