Header Ads

Mata Asyik Tengok Kalendar

MATA ASYIK TENGOK KALENDARبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Tolak hari ini bermakna berbaki lapan belas hari lagi. Hari apa tu. Hari Raya Aidil Adha. Hari raya korban. Tapi sekarang awal-awal lagi dah rasa pedih-pedihnya dihati ini. Ngada-ngada kau PC, kan dah tahu, kan dah pernah lalui tahun sudah. Kan dah ada pengalaman. Tapi itulah dia manusiakan, sentiasa berdoa dan berharap. Mengharap yang terkadang macam sangat kelam dan kabur sahaja hujungnya. Dah tahu tapi masih cuba-cuba berharap sudahnya kecewa sendiri. Eh, ke ramai yang menjeruk rasa. Mungkin orang lain sudah boleh beradabtasi dengan situasi sedangkan PC masih lagi bertatih dan ajar hati juga fikiran untuk lebih ampuh.

Sudah hari kedua pun di bulan Julai. Alhamdulillah. Apa-apa suka terus catat pada kalendar. Itulah PC. Maklumlah faktor umur daya ingatan kian melemah. Nasib ditelefon ada reminder kan, membantu sangat-sangat juga. Lebih setengah tahun kita berada di tahun 2021. Syukur sangat-sangat. Dua tahu kebelakangan yang mewah dengan kisah dan peristiwa juga di mana-mana. Tinggal kita ni cakna atau tidak sahajalah. Rajin, caknalah. Malas, tunggu sajalah orang sampaikan tak pun cari sahaja di media sosial yang ada. Sekali klik nah bersusun cerita dan bertia. bayangkan kalau banyak kali klik mahu juling mata nak meneliti satu per satu.

Mata Asyik Tengok Kalendar

Ada perkara yang kian beres. Ada isu yang kian menjadi-jadi. Ada kisah yang diwarwarkan dan ada juga yang disembunyikan. Diwarwarkan untuk apa dan disembunyikan pula tujuannya apa. Selain rutin melihat angka-angka sekarang ini, mata juga tidak jenuh melihat kalendar. Sehari ke sehari. Pangkah satu demi satu tarikh yang telah berlalu. Entah dihari ke berapa, atau diangka yang mana baru boleh tercatat ''yeyyyyy jom balik kampung''. PC yakin masanya akan tiba dan Allah swt izin. Nanti. 

Tak apalah tak dapat makan durian beramai-ramai, asal dapat berjumpa keluarga kecil. Tak apalah tak pergi jalan-jalan atau melancong ke mana-mana janji dapat santai bawah pokok manggis dengan keluarga. Masa itu nanti tentu hati sangat lapang dan fikiran pun ringan mengenang betapa sabarnya dan patuhnya kita dengan arahan dan peraturan yang dibuat manusia yang juga tidak pernah sempurna. Masa itu sakit hati rasa dikhianati pun terbang. Bila kita jaga SOP orang lain ada yang tidak begitu itu khianati bagi pendapat PC. Kata ''kita jaga kita''. Kata ''kita belum menang''. Kata ''kita sama-sama putuskan rantaian''. Tak gitu. Hakikatnya. Ah sudahlah.

Jomlah sambung tengok kalendar. Cuba menyusun semula kekuatan yang berkecai. Semoga esok dan seterusnya masih ada lagi untuk kita, berusaha menjadi manusia yang manusia bukan sekadar mahu menjadikan orang lain manusia sedangan dirinya menjadi acuan yang tidak jelas seperti apa bentuknya.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Mata Asyik Tengok Kalendar 

logoblog

4 ulasan:

  1. Insya-Allah semoga nanti kita semua dapat kembali semula ke kehidupan bebas covid

    BalasPadam
  2. Sabar ye PC.. berat mata memandang berat lg hati yg menahan rindu.. doa banyak2 ye spy x hanyut dek kerinduan pd mereka tersayang tu

    BalasPadam
  3. Taknak tgk kalender PC sedih juga..buat mcm biasa je..sabar ye PC..Inshaa Allah satu hari nnt..semuanya diganti :)

    BalasPadam
  4. In Shaa Allah, semua yang berlaku itu pasti terkandung hikmahnya.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..