Perlukah Memilih Perkataan Yang Tepat Dan Baik

PERLUKAH MEMILIH PERKATAAN YANG TEPAT DAN BAIKبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Pilih perkataan yang baik menghasilkan kata-kata yang baik juga. Sopan pada lisan, selesa pada pendengaran dan damai pada hati juga fikiran. Jadi adakah perlu memilih perkataan yang baik. Sangat perlu. Namun begitu terkadang hilang segenap perkataan yang baik dan tidak sempat pun untuk berfikir dan memilih perkataan yang baik kerana beberapa hal.

Ketika sedang marah sukar memilih perkataan yang baik, benar dan selamat untuk diucapkan, jadi tidak hairan bila sedang marah banyk perkataan tidak sopan dan kasar serta tidak manis untuk diucapkan. Tengah marahkan. Api tengah menyala-nyala. Semuanya hilang dan malap. Begitu juga ketika sedang sedih. Kesedihan yang teramat sangat. Apatah lagi sedih, kecewa dan marah bercampur aduk. Allahu.

Ketika berbicara ada bezanya dengan menulis atau menaip. Bila sedang berbicara tersilap sebut perkataan atau terlajak berkata-kata minta maaf itu jalan terbaik. kalau menulis atau menaip agak mudah untuk dipadam atau diganti sahaja. hasil akhir yang terbaik baharulah dikongsikan. Walaupun ada sahaja sebenarnya yang memilih menulis, atau menaip kata-kata dengan memilih perkataan yang tidak wajar. Ada ya.

Bagi PC sendiri, memilih perkataan yang tepat dan baik itu adalah pilihan kita. Tidak semestinya kata-kata yang dipilih perlu sangat rapi dan halus. Tidak perlu juga terlalu baombastik untuk disebut. Cukup sopan dan tidak menyakitkan hati dan telinga. kalau orang lain lihat, dengar atau sebut pun menjadi ladang kebaikkan untuk kita dan orang lain. Jadi doa yang baik-baik juga.

Perlukah Memilih Perkataan Yang Tepat Dan Baik
Benar, kata-kata itu satu doa. Maka berhati-hatilah.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Perlukah Memilih Perkataan Yang Tepat Dan Baik


3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Setuju sangat, saya prefer diam untuk elakkan tersalah cakap perkataan yang tak elok. Kadang tak sedar dalam perkataan, ada hati yang terguris..cuba elakkan yang tu dengan berdiam diri..rasa lebih senang

    BalasPadam
  2. BAHASA KOMUNIKASI MESTI PILIH2 N FIKIR BERKALI KALI

    BalasPadam
  3. Mudah mudahan perkataan yang ditulis, dicakap tu keluar yang baik baik je :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama