Buat Masa Ini Tiada Soalan Bila Balik Kampung

BUAT MASA INI TIADA SOALAN BILA BALIK KAMPUNGبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Mahu berjumpa tidak mudah. Terkadang setahun sekali sahaja dapat berjumpa berkumpul sama-sama ramai-ramai. Tuntutan mencari nafkah masing-masing. Bila abang balik, adik tidak balik, bila kakak lulus cuti, abang tidak boleh bercuti. Begitulah. Dan apabila dapat sama-sama berkumpul masanya tetap sahaja ada batas kerana harap maklum sahajalah bila masing-masing sudah berkeluarga, isteri bukan bernikah dengan suaminya sahaja, suami bukan bernikah dengan isteri sahaja juga, sekali dengan ibu bapa juga, dengan keluarga pun ya. Ini fakta dan tanggungjawab menerima buka sepihak tapi banyak dan keseluruhan pihak. 

Rindu semua. Rindu suasananya juga.

Aidil Adha kurang seminggu.

Buat masa ini tiada soalan bila balik kampung. Walaupun semua sedia maklum soalan itu sentiasa ada dan terpendam dalam hati juga fikiran namun kerana keadaan sekarang semakin lama semakin tidak mengizinkan, maka setiap soalan-soalan ini dibelenggu sahaja. Menjeruk di dalam hati. Kian lama kian pedih. Kian lama kian memberat dan sarat. Bila telefon ke kampung memang sudah terbiasa dengan soalan 'bila balik kampung', seiring waktu semua itu terganti dengan nasihat dan pesanan yang sarat dengan kata-kata semangat juga amaran kecil yang tegas tetapi mewah rasa kasih sayang. 'Jaga diri'. 'Solat jangan tinggal jangan lewat-lewat'. 'Janganlah ke mana-mana kalau tak penting'. 'Bila tak sihat cepat-cepatlah pergi klinik'. 'Jangan makan sembarangan'. Banyak lagi juga sebenarnya pesanan yang diberi. 

PC       : Mama tak tanya pun bila anaknya ni nak balik kampung
Mama  : Jangan buat pasal, tak apalah tak jumpa sekarang sebab bersebab                       daripada tak jumpa selamanya walau waktunya tetap akan sampai 
             juga nanti

Aidil Adha sebenarnya menjadi salah satu harapan agar dapat balik kampung setelah tewas Syawal yang lepas. Namun kita bukan sesiapa selain hambaNYA yang sangat kerdil disisiNYA juga. Kita tidak mampu menjangka banyak hal dan peristiwa yang bakal terjadi walau cuma sesaat nanti sekalipun kita tidak tahu apa akan terjadi. Tidak mengapalah. Mungkin ini menjadi satu kenangan indah suatu masa nanti untuk diceritakan kepada anak cucu juga. Pengalaman itu tidak boleh dijual beli dan ditukar ganti. Setiasa cari ruang dan celah positif pada setiap keresahan dan rasa gundah. Sekarang apa yang penting di mana pun, terus jaga kesihatan dan lebih patuh pada suruhanNYA, hindarilah segenap laranganNYA.

Buat Masa Ini Tiada Soalan Bila Balik Kampung

Terpaksa berada diacuan yang baharu itu tidak mudah. Tapi harus biasakan diri dalam situasi. Supaya banyak perkara tidak baik dapat dihindari yang baik, cepat dan berkesan. Sekian.

Tinta Perdu Cinta ❤
Buat Masa Ini Tiada Soalan Bila Balik Kampung


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Tahun ni semua pun beraya aje la di rumah sendiri kan

    BalasPadam
  2. rakyat biasa je x leh balik kg. pak menteri siap pergi melancong ke luar negara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul dan setuju sangat cikgu..kesian rakyat biasa ni..

      Padam
  3. kesian kita kan doa yg teraniaya akan terangkat ke sisi-NYA berdoa selalu

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak PI..sedih jadinya..semoga Allah swt sentiasa angkat kesabaran kita menjadi satu amal kebaikkan juga.

      Padam
Terbaru Lebih lama