Tegurlah Tapi Jangan Samapai Mengaibkan

TEGURLAH TAPI JANGAN SAMPAI MENGAIBKANبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Pertama sekali niat. Kedua bersedia. Besar pengaruh niat dan persediaan daripada diri sendiri juga. Sebagaimana orang lain begitu juga diri kita ini. Ya diri kita sendiri.

Macam ni, kenapa PC kata yang pertama niat. Niat itu macam acuan dan tunjang. Macam pokok, kalau kuat akarnya ada angin yang kencang pun dia tetap teguh berdiri dengan izinNYa. Bila kita ada niat yang betul unutk menegur atau menasihati in sya Allah kita akan cuba kuat untuk terima sebarang penolakkan dan cabarannya. Di sinilah kita kena bersedia. Kenapa? Walau cuma teguran tetap sahaja akan ada risiko dan cabarannya.

Apa niat mahu memberi teguran. Mahu orang lihat awak ada kuasa dan boleh bersuara dengan mudah. Mahu menonjolkan diri supaya orang sedar akan kehadiran dan kemampuan awak. Mahu mencari nama dan menarik perhatian. Mahu mengaibkan orang lain dihadapan khalayak. Apa sebenarnya niat awak. Atau memang kerana Allah swt mahu membaikkan atau memulihkan juga mendidik, tidak pun mahu mencontohkan sesuatu yang lebih positif. Ya, niat awak yang menegur.

Tegurlah tapi jangan sampai mengaibkan. Menegur secara terbuka tidak bererti perlu dilakuakn secara dikhalayak. Bila awak nak menegur, panggil dan bertemu empat mata itu juga terbuka secara terus. Kecuali teguran itu memang khusus untuk tujuan mengingatkan sekumpulan, atau lebih daripada beberapa orang, itu boleh dikumpulkan dan ditegur secara terbuka dalam masa sama untuk peringatakn kepada yang lain juga. 

Bila kita senang hati memberi teguran, kita juga kena senang hati bila terima teguran daripada orang lain. Tidak kiralah dalam bentuk apa dan intonasi yang seperti apa setiap teguran itu daripada orang lain terhadap kita. Kita mahu orang terima dan ikut setiap teguran kita, tapi bila tiba giliran orang lain beri teguran kepada kita, eh kita melenting la pula. Memberi teguran ada hadnya. Ada ilmunya. Pastikan dengan alasan yang kukuh. Sekian.

Tinta Perdu Cinta ❤
Tegurlah Tapi Jangan Samapai Mengaibkan

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul tu kak PC, nak tegur kena ada caranya.
    Kalau saya, diam aje huhuhu. Malas nak banyak bunyi

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama