Header Ads

Apa Yang Sudah Terjadi

APA YANG SUDAH TERJADIبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Mulut sentiasa ringan. Mahu berlisan yang fakta atau yang bukan-bukan. Ada sahaja ikut sukanya dan seleranya juga. Itu sebelum-sebelum ini. Namun tidak di zaman sekarang semuanya cuma di atas papan kekunci. Semua kemudahan di bawa ke mana-mana juga. Sentiasa di sisi. Mudah diakses dan lebih mudah disebarkan tidak kira masa dan tempat. Baik perkara serius atau perkara cuma suka-suka.

Banyak dilihat dan lebih banyak juga yang didengari. Sesekali atau berkali-kali. Perkara lain atau hal sama diulang banyak kali. Sekarang begitulah. Sudah tidak menjadi suatu yang menghairankan kepada kita waima anak kecik sekalipun. Seperti semuanya sudah terbiasa walau kadang tidak sesuai untuk dihebah atau dipertontonkan.

Apa yang sudah terjadi, ada masanya dibiarkan berlalu seperti tiada apa-apa yang berlaku. Macam tidak memberi kesan langsung. Kaku. Bisu. Berlalu. Sedangkan apa yang sudah terjadi itu mewah dengan ingatan dan pengajaran untuk kita semua tidak kiralah dalam hal atau peristiwa apa sekalipun.

Peristiwa apa sekalipun kalau sudah tidak tertahan unutk dikhabarkan, cukup peristiwa atau perkara yang sudah terjadi. Kenapa?. Untuk tidak menimbulkan fitnah atau rasa syak yang tidak-tidak. Untuk kita nilai dan ambil dari sisi atau sudut baik dan buruknya. Andai kalau yang dihebahkan itu sesuatu yang belum terjadi dan masih dalam perancangan, ianya lebih menyulitkan keadaan.

Cukup apa yang sudah terjadi dikongsikan sekadar perlu dan selayaknya sahaja. Niatkan kalau baik moga menjadi ikutan dan mana yang tidak baik manjadi sempadan untuk diri sendiri dan orang lain juga.

Sekian.
Tinta Perdu Cinta ❤
Apa Yang Sudah Terjadi 



logoblog

3 ulasan:

  1. yang pasti harini Dato Ismail Sabri JADI perdana menteri hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. YA..berharap ada perubahan dan menajalan tggjawab dgn amanah..

      Padam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..