Header Ads

Belajar Sesuatu Daripada Sesuatu

BELAJAR SESUATU DARIPADA SESUATUبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. Assalammualaikum wbt. Bangun tidur. Buka mata itu pun sudah belajar sesuatu kita sebagai hamba-NYA. Belajar ucap kalimah alhamdulillah. Bersyukur.Mudah dan ringkas tapi kadang terlupa sebab bangun tidur tergesa-gesa masuk bilik air nak buang air.

Bila keluar daripada kediaman ke tempat yang lebih luas dan terbuka, maka lebih semuanya yang kita dapat. Lebih luas pemandangan. Lebih banyak yang menarik mata dan pendengaran. Lebih yang berganda-ganda.Namun,kalau tidak keluar rumah pun tetap sahaja ada yang boleh dipelajari daripada sesuatu hal.Setiap gerak Geri ada sesuatu yang boleh dipelajari. Ada yang memberi peringatan juga. 

Belajar sesuatu daripada sesuatu itu terkadang melelahkan tetapi kalau tidak begitu nanti tidak ada yang boleh diperbaiki pada diri sendiri  juga. Walau belajar suatu hal yang kecil sahaja pun tidak mengapa. Kadang halnya kecil tapi kesannya besar.

Pengalaman sendiri. Pengalaman orang. Tetap sahaja ada sesuatu yang boleh dipelajari daripadanya. Memang setiap kita ada gaya atau cara masing-masing beradabtasi dengan suatu hal yang mahu dilakukan dan suatu hal yang terjadi.. Namun sekurang-kurangnya boleh buat ingatan dan sempadan untuk masa mendatang Kalau diizinkan Allah SWT. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Belajar Sesuatu Daripada Sesuatu



logoblog

1 ulasan:

  1. Betul. Belajar lah dari maan-mana asalkan ia berguna. Belajar dari pengalaman orang juga belajar bukan?

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..